Nuffnang Ads

Thursday 2 August 2012

Relaktasi..Susah ke?

Assalamualaikum wbt..

Kali ini saya ingin share kisah seorang ibu yang berjaya relaktasi untuk menyusukan anaknya..Semoga kisah ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada ibu-ibu diluar sana..Bukan senang nak senang..Hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih..

sedihnya saya tak dapat susu ibu..wwooooaaa.... ;'(

Kisah ini saya copy paste dari Kaunselor Farah Farhan..Blog Sara kids..(share ye sis)..
Untuk sesi temujanji kaunseling penyusuan, sila email pada farahfarhan@gmail.com 


Ibu bernama Puan Shahirah ini begitu tekad untuk melakukan relaktasi demi anaknya tersayang..Langkah pertama yang dilakukan..Sediakan jadual untuk mengikuti perkembangan..



Ini jadual penyusuan Puan Syahirah.

Lihat, 7 hari beliau memerah susu setiap 3-4 jam tanpa setitis pun hasil. Di tanda – bermula awal April hingga 9 hb April. Tapi tiada putus asa. Teruskan. Saya tau ianya bukan mudah lebih2 lagi melibatkan emosi apabila melihat hasil KOSONG. Oh…


10 April, tarikh bersejarah! Titis susu mulai keluar! Alhamdulillah! Ini kerana badan Pn Syahirah telah menerima signal dari proses pemerahan susu (stimulasi dan permintaan) untuk meransang hormon prolaktin (hormon menghasilkan susu).  Saya tahu apa perasan beliau ketika itu! Daripada ragu2 dan antara percaya atau tidak… beliau semakin YAKIN untuk melakukannya demi anak tercinta.

Ini hasil pertama pada hari ke 7/8 relaktasi. Magic bukan? Alhamdulillah


Dari 10 April hingga 26 April hanya titis2 susu keluar dan menurut Pn Syahirah, beliau mula2 memberi susu pada anaknya menggunakan sudu  Dan tanpa rasa mahu putus asa, beliau teruskan rutin. Dan produksi susunya makin meningkat ke 0.5 oz- 1 oz- 2 oz…  Tak tahulah macam mana nak ceritakan betapa gembira dan penuh kesyukuran..


Hari ke 30 relaktasi – 2 oz (24 jam) 


Wah! Kental! Itu sahaja yang saya boleh kata pada saat itu!

Bukan itu sahaja, malah ketika Syahirah dan keluarga mengerjakan umrah (bayi di Malaysia), beliau masih meneruskan rutin memerah susu dan proses relaktasi. Hari demi hari..


Daripada setitis, pada bulan ke 2, inilah hasilnya!  Alhamdulillah! 


Pada 27 Jun 2012, produksi susunya (siang) adalah 19.5 oz (lebih banyak berbanding saya!!!) hehe.

What can i say? Except for Alhamdulillah…

Anda, kalau Pn Syahirah boleh lakukan, mengapa tidak anda?

Sedikit tips:

1) Yakin. Jika ibu tidak yakin, ianya agak sukar. Maksud saya, once dah buat keputusan untuk relaktasi, bertabahlah walau apa pun dugaan.

2) Berjumpa dengan kaunselor/pakar/doktor yang benar2 boleh membantu ada dalam program relaktasi. Ianya penting.

3) Pengambilan sebarang supplemen/ubat mestilah mengikut perskripsi dan nasihat daripada doktor. Ini penting untuk membolehkan anda tahu apa yang berlaku kepada badan anda sendiri. Nak pakai lama, mama! :p

4) Rutin memerah susu hendaklah dijaga dengan penuh konsistensi. Setiap 3-4 jam, 15-20 minit setiap payudara, dan ianya haruslah konsisten. Tanamkan dalam diri susu pasti akan dihasilkan semula jika kitaran supply & demand dijaga. Semakin banyak permintaan (stimulasi dari hisapan bayi atau pam susu), semakin banyak susu akan dihasilkan. Pastikan jadual memerah diisi setiap hari untuk mengetahui perubahan yang berlaku dari segi penghasilan/produksi susu ibu.

5) Ambil makanan penambah susu untuk meningkatkan lagi keyakinan anda. Namun harus diketahui, tidak bergantung harap 100% kepada makanan penambah susu jika rutin pemerahan atau penyusuan tidak diteruskan dengan konsisten kerana makanan penambah susu hanya membantu untuk menggalakkan penghasilan susu, bukan menghasilkan susu.

6) Doa dan doa dan doa yang tidak putus. Niatkan apa yang kita buat ini untuk anak kita, untuk masa depan mereka dan salah satu cara untuk mengharapkan keredhaanNya.

7) Berfikiran positif. Ini AMAT penting. Buangkan semua aura negatif seperti “buang masa je, apa pun tak keluar” atau “boleh ke ni…” atau apa2 kata negatif yang membantutkan aura positif anda. SABAR, itulah kuncinya!

     Sokongan ~ oh sudah tentulah yang paling penting adalah SUAMI. Suami adalah insan yang paling penting untuk memujuk dan memberi deep support pada isteri yang sedang dalam kerisauan dan menjalani satu program yang memerlukan kadar KESABARAN yang amat tinggi. Jadilah tempat untuk mendengar (LISTENING) pada setiap keluhandan kerisauan si isteri. Saya mohon, suami, isteri sedang berjuang untuk anda. Untuk kepentingan zuriat anda, untuk membantu kewangan anda, untuk membentuk peribadi anak2 anda dan berjuang untuk kesihatan dan keselamatan mereka. Yang paling penting, ikatan kasih sayang yang terjalin ketika menyusukan anak atau memberi anak dengan susu ibu itu sendiri. Para suami, cuba tanya diri anda sendiri, adakah anda mampu buat semua seperti di atas? Tidak, kerana kekuatan itu diberi hanya utk wanita yang bergelar ibu. Mereka sanggup menggadaikan nyawa dan berbuat apa sahaja demi anak2 dan insan yang tersayang. Renungkan Sokong dan bantu isteri anda dalam tempoh ini

Buat Pn Syahirah, Tahniah dan selamat menyusukan sikecil sepenuhnya dengan susu ibu!

Untuk semua ibu yang sedang dalam kesedihan, bangun! Mengapa bersedih? Jangan buang masa mengenang yang lepas. Ayuh, bergerak dan jangan bertangguh. Saya dan ibu2 lain bersama2 anda. Oh, jika nak dibandingkan beberapa tahun lalu, ianya amat sukar. Sekarang, penyusuan ibu bagaikan di mana2. Semua ibu hendak menyusukan anak mereka. Jadi, anda tidak keseorangan!


**credit to Farah Farhan @ Sarakids



8 comments:

  1. salam.
    sis pernah relaktasi ke? bole share pengalaman x?
    sbb saya teringin sangat nk susukan blk baby saya yg nk masuk 7 bulan. cume saya perlukan seseorng yg da berjaya buat relaktasi untuk ahare macam mane die berjaya. try msk link yg sia bagi tu tp private la..
    nnti bole whatsapp saya di 0143333421 @ email kan saya di ea_ni@yahoo.com.
    tq!!

    ReplyDelete
  2. dear moon..
    saya da reply kat email ye..

    ReplyDelete
  3. Saya pun x boleh masuk link tu. Boleh emailkan pd az_feera2208@yahoo.com. terima kasih :-)

    ReplyDelete
  4. saya sedang dalam proses relaktasi...baru hari ke-8..dari hari pertama hingga ke-7 setiap kali pam cuma dalam tak sampai 0.5oz. hari ke-7 baru dapat 0.5 - 1 oz tiap kali pam. in sha Allah akan terus berusaha.

    ReplyDelete
  5. salam mar..in sha Allah teruskan usaha jangan putus asa..kalau baby dapat direct latch lagi bagus..sebab baby adalah pam yg paling berkesan..

    ReplyDelete
  6. Assaamualaikum. Saya pun dalam proses menyusukan anak semula. Cuma masalah saya 18hb ni saya dah mula kerja, pada masa tu anak kedua saya genap tiga bulan dan anak saya tidak mahu menyusu direct. Usaha saya utk adakan susu semula tanpa baby direct BF harap2 berhasil. Admin ada lagi tak cerita2 mcm ni, nak baca utk semangat. Tq

    ReplyDelete
  7. saya pun nk relaktasi blik sebab 3 bln bg fm... tp sy tak guna puting, guna sudu. sy pam tp kluar susu tak banyak... sy pon nk tahu pengalaman yg berjaya relaktasi ni... nant boleh whatsapp sy 0124008571.. tq

    ReplyDelete
  8. Cik saya relaktasi selama 9 bulan sekarang Saya nak bf balik.saya ambil ubat milk booster tapi selepas ambil seluruh badan Saya sakit..otot lenguh asyik mengantuk.kenapa ye

    ReplyDelete

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~