Nuffnang Ads

Tuesday 4 September 2012

GROWTH SPURT

Assalamualaikum..

     Entry kali ni mungkin ramai yang tidak tahu..dan tidak pernah dengar langsung..sama la..saya pun tak pernah dengar sehingga la baby meragam..penat yang tidak terkata melayan kerenah baby..almaklumlah kan anak pertama..

                                                                      (gambar hiasan)

     TETAPI saya dah berniat nak susukan baby full sehingga 6 bulan dan nak teruskan sehingga 2 tahun..so saya bertahan jugak..penat satu hal..patah pinggang pon satu hal sebab risau kalau menyusu sambil berbaring terlelap sekali then jadi benda2 yang bukan2 kan..Minta dijauhkan..

     Situasi ni bermula sewaktu baby berusia 2 minggu..baby tiba2 je menyusu lama..owh penat tak terkata..dari jam 6 ptg sehingga 12 mlm..dan ianya berlarutan sehingga 2 minggu..penat memangla penat sehingga la saya merujuk satu page di fb..(lupa pulak nama group)..yang memberitahu ianya normal..baby mengalami gejala Growth Spurt..

Apa itu Growth Spurt?

Growth Spurt adalah bayi mengalami peralihan bulan dan ianya boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja kepada bayi.

Tanda-Tanda

  1. Demam
  2. Meragam
  3. Selalu tido lena..tiba-tiba tidak mahu tidur
  4. menyusu lama
  5. tabiat berubah 360 deg
Penyelesaian

Gejala ini adalah normal bagi semua bayi..bayi yang menyusu formula juga akan mengalami simptom yang sama. Seperti tiba-tiba tidak mahu menyusu. Apa yang perlu dilakukan oleh ibu-ibu adalah meneruskan penyusuan susu ibu kepada bayi dan jangan sesekali berubah kepada susu formula ataupun yang menyusu formula jangan sesekali campurkan susu formula dengan nestum..Bayi bawah umur 6 bulan tidak boleh diperkenalkan dengan makanan lagi ye!
Bersabarlah dengan kerenah bayi.. gejala ini akan berlalu jua..so layannnn..

wasalam..


MENYUSUKAN ANAK KETIKA HAMIL BAHAYA?

         Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang isu kali ini, boleh atau tidak ibu menyusukan anak ketika hamil? Ramai yang berpendapat ianya memudaratkan bayi yang dikandung, ada juga yang berpendapat ianya akan menyebabkan bayi kekurangan nutrisi. Betul ke? Jom kita selidik dengan lebih mendalam lagi!

       American Academy of Pediatrics menyarankan bayi diberi susu eksklusif dalam enam bulan pertama tanpa diberi sebarang jenis supplement formula, air atau makanan dan terus menyusu badan sepanjang tahun pertama dan seterusnya. Untuk pengetahuan anda, sepanjang tempoh penyusuan eksklusif, kemungkinan untuk mengandung adalah agak tipis tetapi ia bergantung kepada beberapa faktor. Oleh itu, tidak mustahil untuk anda mengandung lagi walaupun dalam tempoh penyusuan.

         Sehubungan itu, apabila disahkan mengandung, kebanyakan ibu dalam dilema sama ada mahu bercerai susu ataupun terus menyusu. Ini berlaku akibat konflik yang dialami setelah mendapat nasihat daripada ahli keluarga, kawan-kawan mahupun doktor. Setakat ini, belum ada bukti yang mengesahkan kehamilan boleh memudaratkan kandungan. Namun, jika ibu pernah melahirkan bayi pra matang, hamil kembar ataupun menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan, ia patut diberi perhatian kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang. Oleh kerana itulah, ibu biasanya dinasihatkan untuk bercerai susu.

          Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa rahim tidak memahami “mesej” daripada oksitosin untuk memulakan kontraksi sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. Jadi, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat. Jadi, ibu tidak perlu bercerai susu secara mendadak. Bagi ibu yang bercadang meneruskan penyusuan, dia perlu mengambil kira beberapa perkara penting: sejarah perubatan, tahap keselesaan fizikal dan emosi, usia anak dan keperluan penyusuannya.

          Dalam pada itu, penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya. Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu. Sewaktu mengandung, amat penting untuk anda mengambil makanan berkhasiat, mendapatkan berat badan yang sesuai dan menikmati rehat yang secukupnya. Ibu yang memperoleh khasiat yang mencukupi, sepatutnya tidak akan mempunyai masalah untuk membekalkan khasiat untuk kandungannya dan anak yang disusukan.

           Untuk pengetahuan anda, sewaktu mengandung kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan susu disebabkan oleh perubahan hormon. Malah, sewaktu trimester kedua, susu itu akan mula berubah menjadi kolostrum. Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan bayi akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada biasa.

            Perlu diingat! Jika anda menyusukan bayi berumur kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya. Bayi yang berumur enam bulan ke atas pula biasanya mereka akan berubah selera kepada makanan pejal memandangkan bekalan susu anda makin berkurangan.


link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~