Nuffnang Ads

Tuesday 11 September 2012

PENDARAHAN SEMASA HAMIL!

        Banyak sebab kenapa wanita mengalami pedarahan faraj semasa hamil. Ada wanita yang mengalami pendarahan ringan terutamanya pada awal trimester pertama kemudian pendarahan tersebut berhenti dengan sendirinya, tetapi ada juga wanita yang mengalami pendarahan sekali sekala sahaja. Ada juga yang mengalami pendarahan teruk dan mengejut.

1. Pendarahan Implantasi

Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.

Apa itu pendarahan implantasi? 

Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak kerahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi. Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.

Bilakan implantasi selalu terjadi?

Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid.

2. Keguguran

Pendarahan semasa awal hamil tidak semestinya anda gugur kerana 50% daripada wanita hamil yang mengalami pendarahan tidak keguguran. Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa pada 12 minggu pertama dan berlaku pada 15-20% kehamilan. Sekiranya anda merasa yang terdapat tisu seperti daging keluar dari faraj, bawa tisu tersebut ke klinik supaya doktor boleh memeriksanya. Kebanyakkan keguguran tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara badan untuk mencegah dari hamil janin yang tidak normal. Keguguran tiada kaitan dengan cara hidup yang aktif dan tiada bukti yang senaman atau seks boleh menyebabkan keguguran.

3. Hamil di luar rahim(Ectopic Pregnancy)

Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah mengandung diluar rahim. Sekiranya ia berlaku pada salur fallopian, ia mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa. Ia berlaku pada 1 dalam 60 kehamilan

4. Kandungan Anggur

Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahaan ialah mengandung anggur. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal yang membesar dengan cepat. Tiada janin didalam kehamilan ini.

5. Ketumbuhan pada pangkal rahim

Kanser pangkal rahim atau polip juga boleh menyebabkan pendarahan. Pemeriksaan faraj akan dapat memberikan diagnosa pada masalah ini.

6. Placental Abruption

Uri mungkin akan merekah dari dinding rahim sebelum atau semasa bersalin. Ia boleh akan menyebabkan pendarahan. Cuma 1% wanita hamil yang mengalami placenta abruption ini. Selalunya ia berlaku pada lewat kehamilan dan beserta dengan dengan kesakitan pada perut.


7. Placenta Previa atau uri di kedudukan bawah

Apabila uri berada pada kedudukan bawah, Ia mungkin akan menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim atau sepenuhnya dan ini dinamakan placenta preavia. PP adalah sangat serius dan memerlukan rawatan segera sekiranya berlaku pendarahan

8. Tanda bersalin

Pada lewat kehamilan, pendarahan dari faraj adalah salah satu tanda sudah sampai saat bersalin. Ia terjadi apabila mucus pluk yang menutupi pintu rahim terjatuh disebabkan oleh kontaksi rahim menyebabkan darah dan lendir keluar dari serviks. Ia dipanggil show. Ia adalah sangat kerap terjadi semasa kelahiran bermula.


HB Rendah Ketika Hamil Bahaya!

            HB rendah atau juga Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin




Punca kurang darah:


Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-

  • Kurang memakan makanan yang berzat dan yang mengandungi zat besi 
  • Ibu yang kerap bersalin 
  • Jangkitan cacing 
  • Pendarahan dari faraj atau buasir 
  • Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.
Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?

Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:

  • Kelihatan pucat 
  • Sentiasa rasa letih lesu dan tidak boleh menjalankan kerja-kerja biasa di rumah 
  • Rasa mahu pitam bila bangun 
  • Sentiasa rasa pening 
  • Bengkak kaki dan muka 
  • Kebas kaki dan tangan 
  • Rasa mengah dan hati berdebardebar
Bagaimana kurang darah boleh dikesan?

Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus , anda dianggap mengalami kurang darah. Kesan bila dipandang remeh:

  • Anda mungkin mengalami keguguran 
  • Melahirkan anak tidak cukup bulan 
  • Anak mati dalam perut 
  • Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan 
  • Anda mudah mendapat jangkitan penyakit 
  • Keluaran susu badan akan berkurangan 
  • Mudah mendapat penyakit lemah jantung 
  • Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin 
  • Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT

Cara Atasi:
  • Menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit 
  • Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu 
  • Rehat dengan cukup 
  • Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah. 
  • Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan
copy paste..

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~