Nuffnang Ads

Saturday 7 September 2013

GBS positive..

Salam..

Buat pengetahuan readers sekalian, kehamilan yg pertama, saya disahkan GBS positive, dan 2x di masukkan antibiotik sepanjang kehamilan memandangkan saya mengalami keputihan yang agak teruk..Baby pula kena on antibiotik selama 5 hari sebaik sahaja selepas bersalin disebabkan GBS ni..Apa itu GBS. Jom kita baca serba sedikit simptom2 GBS...

GBS bukanya keputihan sebab kebanyakkan keputihan bersimptom dan dibawa oleh bakteria lain seperti chlymdia dsb atau parasit trichmonas,kulat dsb. Jadi kalau keluar cecair keputihan bukanlah simptom yang anda dijangkiti GBS.

Kebanyakkan pembawa GBS (koloni) tidak menunjukkan simptom langsung

GBS bukan keputihan bakteria yang menyebabkan , ia berada disesetengah 10-35% wanita sahaja

Ia tidak sama dengan Group A streptococcus (GAS) yang selalu menjangkiti tekak..ingat gula2 strepsil?

Kajian yang dilakukan di Department of Obstetrics and Gynecology, Northwestern University Medical School, Chicago, IL, USA mendapati antibiotik hanya berkesan pada 43% dari 100% pembawa GBS

GBS akan menjadi bahaya apabila ia menyerang saluran kencing dan jangkitan ini perlu dirawat segera.jangkitan UTI boleh juga dibawa oleh bakteria E.Coli yang berpusat didubur.

Antara tanda2 kita dijangkiti GBS ialah :-
• Air ketuban akan pecah 18jam awal sebelum bersalin
• Kelahiran bayi sebelum 37 minggu
• Jika tidak dirawat kemungkinan 50%pembawa berkoloni akan mengjangkiti bayi
• Suhu badan meningkat ketika bersalin
• Bayi anda telah dijangkiti pada kelahiran sebelum ini
• Anda telah dijangkiti GBS didalam faraj ketika awal pregnen.
• Pemeriksaan air kencing mendapati anda telah dijangkiti pada awal pregnen

Hingga saat ini masih tiada ubatan moden yang dapat mengubati GBS disebabkan sistem imun badan kita tidak diprogram secra semulajadi untuk menghalang GBS berkoloni

TETAPI BERITA BAIKNYA


Kolustrum dapat membantu meningkatkan sistem imun bayi anda dan melawan GBS,itupun jika andaBF.

Beberapa kajian juga mendapati memakan bawang putih mentah dapat membantu menghalang GBS berkoloni

Ada beberapa kaedah alternatif juga dapat membantu menguatkan sisitem imun kita supaya dapat mencegah GBS darpada berleluasa.

Sebaik2nya usah risau cuba cari supplemen2 yang dapat menguatkan sistem imun kita seperti vit C,astragalus dsb

ada masa siapa2 boleh pendekkan dan melayukan soal jawab ni ;-)
http://www.childbirth.org/articles/GBS.html

antara soalan saya dgn gynae dulu,
adakah saya pembawa gbs sebab saya kurang jaga kebersihan?
TIDAK

adakah kerana pemakanan saya?
TIDAK

Sekian saja..minggu depan 32weeks saya kena check up dengan doktor untuk mengesahkan kewujudan GBS untuk kehamilan kali ni..doakan saya banyak2 k semuanya selamat...

baca sini untuk lebih detail..

p/s..entry serius..so bahasa pon nak formal gak kan..hahah...


No comments:

Post a Comment

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~