Nuffnang Ads

Friday 17 January 2014

Pelbagai Resipi Chocolate Ganache..


Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi
chocolate ganache di sini untuk rujukan akan
datang. Selalunya saya gunakan resipi yang
pertama untuk topping pelbagai kek coklat
saya termasuk kek opera. Hasilnya sangat
menggembirakan... :)

RESIPI 1
300g coklat masakan - potong kecil
200g UHT whipping cream (selalu saya guna
jenama Anchor)
1 sudu besar mentega
- Panaskan whipping cream di atas api hingga
mendidih sedikit dan matikan api.
- Masukkan coklat atau tuang atas coklat
dan kacau hingga sebati. Masukkan pula
mentega dan sebatikan.

RESIPI 2 - Dayangjack
100g coklat masakan
125ml susu segar
50g mentega
4 sudu besar madu/gula
- Satukan kesemuanya dan masak dengan
kaedah double boil sehingga agak pekat

RESIPI 3 - Kak Nor
300g coklat masak
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1/4 cawan air panas (untuk step ke2 nak bagi
cair dan meleleh)
- Panaskan susu pekat dan susu cair
menggunakan double boiler.
- Masukkan coklat, kacau sebati. Sesudah itu
masukkan mentega dan curah 1/2 bahagian
atas kek. Simpan dalam 15 - 30 minit.
- Panaskan lebihan coklat dan tambah air
panas. Kacau dan curahkan ke atas kek tadi

RESIPI 4 - Buku Panduan Asas Menghias Kek
300g krim putar (whipping cream)
600g coklat masakan - cincang
1/2 cawan sirap glukos/madu
2 sudu kecil mentega
- Panaskan whipping cream sehingga hampir
mendidih. Curahkan ke atas coklat dan kacau
sebati.
- Masukkan sirap glukos
- Akhir sekali masukkan mentega

RESIPI 5 - Dari buku lama saya
50g serbuk koko
1 sudu besar minyak
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (atau ikut manis yg
disukai)
- Campurkan kesemuanya dan panaskan atas
api perlahan sambil mengacau hingga sebati
dan likat
**********
************************
Nota:
- Chocolate ganache boleh disimpan di luar
dengan suhu bilik atau di dalam peti sejuk
untuk tempoh yang lama. Anda boleh
variasikan penggunaannya mengikut kreativiti
masing-masing.
- Fungsi mentega ialah untuk mengilatkannya
sumber : blog cik siti abu sujak...

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~