Nuffnang Ads

Sunday 3 April 2016

Terlupa Bilangan Rakaat dalam Solat.. Situasi & apa perlu buat??

Assalamualaikum wbt...

Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu dalam solat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam;  dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat muakkad. Bacaan sujud sahwi:
Maksudnya: Maha suci Allah yang tidak lupa dan tidak alpa.

1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan
Barangsiapa terlupa ketika solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.

2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan
Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat abadh, maka harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. 
Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.

c. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu
Keraguan dalam solat adalah kerana tidak yakin sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia dalam rakaat ke-3 atau ke-4. Keraguan ada dua jenis:

1. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini dalam rakaat ke-3 dan bukan rakaat ke-4, maka dia harus mengikut yang lebih yakin, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
2. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak cenderung pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan itu, lalu sujud sahwi sebelum salam.

Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi

1.Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja, dan teringat ketika belum sampai pada rukun yang sama pada rakaat berikutnya, maka ia wajib segera kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia teringat dan berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dan ia perlulah meneruskan solat seolah-olahnya pada rakaat yang sebelum itu. 
Pada kedua-dua hal ini, wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya.

2.Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka perlu pula melakukan salam sekali lagi.

3.Apabila seseorang yang bersolat meninggalkan sunat abadh secara sengaja, maka batallah solatnya.

*Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum berganjak dari sunat abadh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya dantidak perlu sujud sahwi.
*Jika teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam.
*Jika teringat setelah sampai rukun yang berikutnya, maka sunat abadh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.

4.Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanyaselepas salam maka bolehlah sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.

5. Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.

a. Bacaan yang dibaca antara 2 sujud syahwi menurut Syeikh Ibn Utsaimin rh. adalah :-
رب اغفر لي
"Rabbhig firli" - Ya Allah ampunkan dosaku. [al-Sharh al-Mumthi', 1/646].

Dalam kitab Mughni al-Muhtaaj (1/439) menyatakan bahawa zikir yang sama harus dilakukan seperti sujud dalam solat. Ulama' mengatakan bahawa tiada zikir khas bagi perbuatan dalam sujud sahwi.

b. Persoalan bila hendak melakukan sujud sahwi; sebelum atau sesudah salam, merupakan khilaf ulama. Ibn Utsaimin memberikan pendapatnya :-

   1. Jika seseorang melakukan tambahan dengan tidak sengaja dalam solat, sujud sahwi hendaklah dilakukan selepas salam. Sebagaimana hadith riwayat Ibn Mas'



wallahua'lam..

Tips mudah bersalin...


 


























kredit to kelab pakar hamil...



Baby kuning...ceritera cik ann..!

Assalamualaikum wbt...

pengalaman cik semasa bersalin kakak..kuning die mencapai 120-130..nurse kata masih terkawal..tapi disebabkan baby kena tahan untuk on antibiotik selama 5hari sbb kes postive gbs so nurse ambil langkah berhati2 dengan letak dak kakak bawah lampu..so memang start hari ke3-ke-5 tu kena duduk bawah lampu..

org dok bawah lampu memang togel je lah die...

tapi baby kan selalunya kuning memang semakin hari semakin naik kan..(utk yg ada kuning la) so cik ann agak kelam kabut la jugak sebab takut kena tahan wad lebih lama..so cik ann n cik somi decide nak bagi anggur sket kat baby..lagipon baby hari pertama n kedua tu agak kurang nyusu badan sebab da dapat susu formula..cik ann boleh naik kat wad baby hari kedua..sebelum tu baby sesorang je..agak mencabar jugak la nak bagi susu tapi baby sik tido je..sampai cik ann kena cracked nipple dibuatnya...awwwww....

lepas bagi anggur barula baby yak banyak..tapi agak menyesal jugak la bagi..memang la x jadi apa2..tp kalau la berlaku sebaliknya mmg tanggung penyesalan seumur hidup la kami..anggur tu pon cik ann just bagi setitik je..hujung-hujung lidah...n bagi sekali je..tapi usus baby kan belum matang so bahaya taw untuk baby..jangan buat taw readers sekalian...huuuuuu

pas keluar wad kuning baby beransur ok..baby pon da tak tidur banyak macam selalu...lebih banyak minum sampai naik lenguh cik ann layan si kakak ni...

sebenarnya sebelum baby keluar cik ann ada makan ubat homeopati untuk kurangkan kuning kakak..n selepas bersalin pon kena makan jugak ubat tu selama seminggu..beli online....

alhamdulillah even cik ann n cik somi darah o..si kakak kuning x bape tinggi...banding dengan anak buah kena warded sebab kuning n kena follow up lama kat hosp sebab kuning kan...so cik ann ambil langkah berjaga2 la...



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
bersalin anak kedua si abang ammar pon sama...cik ann amalkan rtd ni...gigih sangat taw cik ann cari balik seller yang jual ubat ni...seminggu sebelum bersalin sempat la cik ann makan ubat ni..n selepas bersalin pon cik ann makan ubat ni seminggu...yang best nye time si abang ammar ni cik ann dok wad x sampai pon 24jam....beranak jam 4.50pm..esoknya sebelum jam 2pm da boleh keluar da...memang happy la sangat kan...

bawak gi klinik memang tido lena...good boy..


actually nak detect kuning ni masa hari kedua/ketiga..so time nurse datang melawat nurse kata ada kuning sket..check kk kuning x bape tinggi..tapi cik ann berjaga2 jugaklah..

  • xpakaikan baju kuning...
  • semua barang kaler kuning sorok
  • makan rtd seminggu sebaik shj bersalin
  • xmkn makanan yg ada rempah/kunyit/halia/lada hitam seminggu sebelum n seminggu selepas bersalin..
  • bukak lampu sepanjang masa...
  • jaga timing susu..hari 1st 1jam sekali (yg ni fail)..start hr kedua dan seterusnya menyusu 2jam sekali..(yg ni mmg jaga betul..even mlm pon...hihi)


ha gigih x ..xnak bagi baby kuning nye pasal..huhu..n alhamdulillah baby xkena pon kuning..

pregnancy yg ketiga ni cik ann x bercadang nk ambil rtd lagi..sbb cik ann da termiss seller ni..haha..so cik ann decide nak guna produk baru...produk mandian..just mandikan je kat baby..ha ok jugak la kan...harap2 baby ok la hendaknya...



wasalam...


Solat bagi pesakit yg ada beg catheter/urine bag..

Assalamualaikum wbt...

Tentang beg catheter, ulama dah membincangkan hal ni. Puan masih boleh bersolat mengikut mazhab syafie. Hukum boleh solat menggunakan beg air kencing atau beg najis disandarkan kepada hukum boleh solat untuk perempuan yg istihadah dan lelaki yang kencing x lawas.
Seperti istihadah, lepas wudhu perlu lekas2 solat dan ambil wudhu baru setiap kali masuk waktu solat. 

Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatan Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam
Kategori : Perubatan
Tajuk : Hukum Pelaksanaan Ibadah Bagi Pesakit Yang Menggunakan Beg Kolostomi

i. Pesakit yang menggunakan beg kolostami dikategorikan sebagai mereka yang mengalami masalah dharurat dan tidak dianggap sebagai menanggung najis. Oleh itu, mereka tidak perlu mengosong atau membersihkan beg kolostami setiap kali berwudhu' atau menunaikan solat.
ii. Wudhu' yang diambil oleh pesakit harus digunakan untuk melaksanakan semua ibadah termasuk menunaikan solat fardhu sehingga wudhu' tersebut terbatal.

Oleh : Muzakarah Kali Ke-79, Tarikh Keputusan: 6 September 2007
Tarikh Muzakarah : 6 September 2007 hingga 8 September 2007

Aisyah r.a. menyatakan bahawa Fatimah binti Abi Hubaisy datang bertanya Nabi s.a.w.: “Wahai Rasulullah, saya seorang perempuan yang istihadhah (sentiasa keluar darah), kerana itu saya tidak suci, adakah saya boleh meninggalkan solat?” Jawab baginda: “Jangan…solatlah sekalipun darah itu menitis ke atas tikar”. Hadis riwayat Ahmad.

Wallahualam

contoh urine bag disposal..
penambahan :

Pesakit yang menggunakan urine beg atau stoma beg atau kolostomi beg jika mampu menyucikan tempat keluar najis dan menukar atau membersihkan beg najis tersebut, hendaklah berbuat demikian sekadar termampu. Kemudian sucikan diri daripada hadas kecil / besar dan tunaikan solat. Solat adalah sah dan tidak perlu diulang.

kredit to islam.gov.my

Soal jawab PERLU KE SOLAT MASA BERSALIN!?

Assalamualaikum wbt...

Hari ni topik sedikit berbeza daripada biasa. Sebabnya? Sebab perkara ni penting dan pernah ditanya kepada saya oleh salah sorang mommies HypnoBirthing saya. 

Jadi, perlu ke tak perlu solat kalau:
+ dah keluar tanda (mucus)
+ dah keluar darah (bloody show)
+ dah keluar air ketuban

Jawapannya, ketiga-tiga PERLU dan WAJIB.

Macam mana nak solat?
Bersihkan apa yang patut, ambil wuduk dan solat.

Kalau tengah sakit? Kalau tak larat?
Di sini suami kena ambil peranan. Tolong isteri ambil wuduk. Kalau larat solat macam biasa, solat macam biasa.
Kalau tak berani rukuk dan sujud sebab takut jatuh (tengah kesakitan), boleh solat duduk.
Kalau tak mampu jugak, boleh solat sambil baring.

Ikut kemampuan masing-masing. Tak perlu paksa diri berdiri kalau tak larat. Solat tu wajib, dalam keadaan apa sekalipun. Tapi untuk melaksanakan solat, tak berat, Allah tak susahkan kita. 

Nasihat saya, masuk je waktu terus solat. Sebab kalau termiss, kena ingat nak kena qodo lepas habis nifas nanti. Berbulan baru boleh ganti. Tu pun kalau panjang umur.

Sampai bila boleh solat?

Sampai bersalin. Tapi kalau masuk waktu masa bukaan dah 10cm, tengah meneran kepala baby dah nak keluar, tak perlu lah berhenti gi solat dulu pulak ye...




Apa ikhtiar yang boleh buat?
1/ Cakap dengan baby. Rancang untuk bersalin bukan semasa waktu solat. Contohnya waktu pagi selepas subuh, atau waktu malam lepas solat Isya.
2/ Bawa kain dan pakaian dalam lebih untuk salin semasa solat, in case pakaian kita dah kena darah.

Updated - Beberapa persoalan yg diterima:
+ Boleh ke solat kalau air ketuban atau darah mengalir tak berhenti?
BOLEH, buat macam darah istihadah. Cuma perlu bersihkan, ambil wudu' dan terus solat.

+ Kalau mula sakit waktu zohor atau mahgrib, dan risau xlarat dah nak solat waktu asar/isya, boleh jamak tak? 
BOLEH. Jamak dalam keadaan sakit dibenarkan dalam Islam. Boleh lah jamak takdim dalam keadaan ni.

+ Kalau doktor buat vaginal exam dengan memasukkan jari ke dalam faraj untuk check bukaan, perlu ke mandi wajib sebelum solat?
TAK PERLU. Memasukkan sesuatu ke dalam faraj tidak perlu mandi wajib. Hanya jika memasukkan zakar ke dalam faraj, wajib mandi wajib/mandi junub. 

Semoga bermanfaat. Selamat beramal. Wallahualam.

kredit to: 
Bukan ustazah, hanya isteri seorang ustaz,
Ili Fatin Ruslan
HypnoBirthing Childbirth Educator,
womb2room

penambahan..

Mengikut mazhab syafie, kita wajib bersolat semasa:
- Contraction
- serviks (jalan keluar) membuka
- bukaan 0cm sampai 10cm
- tengah meneran
- kepala baby dah keluar
- badan baby separa keluar

Sebagai contoh:
Ibu A bukaan 4cm pada jam 3.30ptg. Masuk LR.
Di LR xdibenarkan bergerak.
Ibu A capai 10cm jam 8.30mlm. Lepas meneran setengah jam ibu A melahirkan anak. 



Dalam kes ibu A ni, dia dah tertinggal solat asar, maghrib dan isya' yang perlu diqadho lepas habis nifas.

wasalam..

p/s authorize agent cuckoo 56741..Dapatkan penapis air cuckoo serendah RM60 sebulan SAHAJA!! more info click @cuckoo_ummuauliya




Persiapan Solat Untuk Ibu di Labor Room..

Assalamualaikum wbt..

Cadangan persiapan supaya ibu tak tinggalkan solat terutama selepas ketuban pecah. Berdasarkan pengalaman saya sebelumni melahirkan baby di PPUKM dan sedikit penambahbaikan.
.
Sebelum masuk labor room, biasanya ibu hanya boleh bawak 1 bag je. Selain drpd baju2 dan keperluan lepas bersalin, Ibu boleh juga siapkan kit solat sebelum bersalin antaranya:

.
1. telekung atau tudung labuh (baju yg hospital beri selalunya lengan pendek atau 3 suku.. kadang2 ikat tali di belakang. camne lak nak solat kan.. )

contoh mini telekung

kredit to preetyzie

.
2. stokin kaki yg tebal. (selain drpd leh pakai lepas bersalin, boleh pakai waktu solat)
.
3. spray yg ada air untuk wuduk. (biasanya bila ketuban dah pecah, ibu takleh dah turun katil atau gi bilik air.. takut terbersalin kat bilik air..kes naya je nanti)
.
Macam mana lak dgn kebersihan sbb ketuban dah pecah kan.. air ketuban campur darahni kira najis..jadi perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum solat.. 
.
Ibu boleh minta bantuan nurse dengan cara berhemah "nurse, saya nak solat, macam mana nak bersihkan air ketuban ni ye, nurse boleh bantu saya?" "bolehkah saya dapatkan satu persalinan baju baru untuk saya solat?"
mesti nurse gembira bila boleh bantu ibu solat
.
Insyaallah nurse akan bantu tukar alas serta baju yg terkena kotoran air ketuban itu.
.
Ambil wuduk dengan menggunakan spray tadi. Ataupun tuala yg dibasahkan ( yg ni kena rujuk cara2 ambil wuduk guna spray atau tuala basah. ada hospital yg sediakan buku ni cara ambil wuduk dan solat bg pesakit. contohnya PPUKM)
.
Jika dibenarkan solat duduk atas kerusi di sebelah katil. Ibu boleh solat duduk di kerusi. Jika tak boleh, ibu solat atas katil..
.
Jangan lupa tanya arah kiblat daripada nurse atau download siap2 kompas kiblat kat henfon. 
.
Mudah mudahan Allah permudahkan ibu bersalin. Ucapkan terima kasih pada nurse selepas ibu melahirkan baby sebagai tanda penghargaan kepada mereka
.
Sekiranya ibu ragu2 dgn solat tadi. ibu boleh gantikan semula dengan cara mengqada'kan selepas suci hadas besar. Yang penting ibu ingat waktu solat dan buat yg termampu. 
.
Buat ibu yg dahulu pernah tertinggal solat.. ibu boleh mohon keampunan drpd Allah. Dan qada' solat yg tertinggal. Allah maha pengampun.. Semoga ibu tidak mengulangi lagi. 
.
kdt manjaku happy

penambahan : boleh juga sediakan towel bersih atau sejadah kecil jika mampu solat berdiri di sebelah katil...

Wajib ke Solat Semasa Bersalin?

Assalamualaikum wbt.

Minggu lepas saya ada berbincang dengan beberapa orang doktor tentang keadaan ibu bersalin di hospital kerajaan. Saya baru tahu yang ada hospital tak membenarkan ibu bergerak semasa bersalin. Kena stay kat katil je. Nak kencing pun xboleh. Apa kan lagi ke bilik air mengambil wuduk dan solat.

Saya terkejut, sedih, marah... Macam mana boleh berlaku begini sedangkan kita tinggal di negara Islam? Saya diberitahu ramai yang tak tahu kewajipan bersolat semasa bersalin.

Saya pernah share isu ni sebelum ni. Tapi nampaknya tidak sampai jauh. Masih ramai yang tidak tau. Jadi saya tuliskan sekali lagi. Saya harap yang membaca boleh kongsikan dengan rakan-rakan.

WAJIB ATAU TAK SOLAT SEMASA BERSALIN?

Jawapan ringkas nya WAJIB.

Apa situasi yang membolehkan tak solat untuk wanita bersalin?
1) Jika dia tak sedarkan diri/hilang kewarasan. Boleh jadi sebab diberi ubat tahan sakit atau anesthesia.
2) Sebaik sahaja bayi dilahirkan

Maknanya kena solat sepanjang bersalin tu? 
YA
Kalau keluar lendir, keluar darah, keluar air ketuban masih wajib?
YA wajib
Kalau air ketuban dan darah tu mengalir je masih kena solat?
YA, masih juga. :)

Macam mana nak solat?
1) Bersihkan lendir/air/darah
2) Salin pad bersih
3) Ambil wudu'
4) Terus solat, jangan bertangguh

Perlu solat berdiri ke?
Ikut kemampuan diri. Kalau larat solat berdiri, berdiri lah. 
Tidak larat berdiri boleh duduk.
Tidak larat duduk boleh baring.
Tidak larat gerakkan kepala boleh guna isyarat mata sahaja.
Islam tu kan mudah..

Di sini suami kena ambil peranan. Dosa isteri kan suami yang tanggung. Apa suami boleh buat?
+ Bantu isteri untuk ke tandas membersihkan diri
+ Bantu isteri mengambil wuduk di katil jika dia tak larat bangun. Boleh guna spray atau kain basah.
+ Jika isteri solat berdiri, pastikan anda ada di sisi memerhati.
+ Jika isteri tertinggal solat akibat kesan ubat tahan sakit contohnya, pastikan isteri qadho solat lepas habis nifas nanti.

 labor room (sekadar gambar hiasan) 


Habis tu kalau hospital tak bagi macam mana?
Di situ tak dapat saya bantu. Tuan Puan perlu lah cari penyelesaian. Wajib tetap wajib. 

Apa yang saya boleh sarankan:
1) Kumpul duit untuk bersalin di hospital yang benarkan solat
2) Survey hospital nak bersalin tu. Tanya kawan-kawan yang pernah bersalin di situ samada boleh solat atau tak. Kalau tak boleh, tukar lah hospital.
3) Doa dapat bersalin waktu bukan waktu solat seperti lepas subuh atau lepas Isya'.
4) Sebarkan isu ni kepada lebih ramai orang. Moga sampai kepada pihak berwajib. Semoga lebih banyak hospital yang mesra ibadah.

Wallahualam.

kredit to: 
Ili Fatin Ruslan
Cikgu HypnoBirthing
Famili Fitrah

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~