Nuffnang Ads

Saturday 9 April 2016

Bahayakah ubat yang boleh menghentikan cirit-birit?

Rawatan cirit-birit bagi kanak-kanak adalah sangat berbeza daripada orang dewasa. Jika bagi orang dewasa, apabila mereka mengalami cirit-birit, doktor akan memberikan ubat kepada mereka untuk menghentikan cirit-birit.

Namun, bagi kanak-kanak, amat berbahaya jika diberikan ubat untuk menghentikan cirit birit tersebut. Ini kerana jika ubat diberikan kepada kanak-kanak untuk menghentikan cirit-birit, kuman-kuman di dalam ususmereka akan meresap ke dalam salur darah. Ini akan lebih memudaratkan keadaan kanak-kanak tersebut.

Jadi, para ibu bapa dikehendaki amat berhati-hati di dalam perkara ini


kredit to dr zubaidi..

Gejala - gejala 
  • Peningkatan kekerapan membuang air besar.
  • Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen.
  • Terdapat angin atau kentut yang melampau.
  • Kehilangan selera makan.
  • Adakalanya demam.
  • Adakalanya terasa mual dan muntah.
  • Sakit otot. 

Komplikasi

Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.

Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-

  • Kehilangan 5-10% berat badan.
  • Gelisah dan mudah tersinggung.
  • Mata terbenam.
  • Ketidakhadiran air mata.
  • Mengalami kekeringan mulut dan lidah.
  • Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.
  • Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.
Pada dehidrasi yang teruk, pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:- 

  • Kehilangan lebih dari 10% berat badan. 
  • Keletihan dan mungkin hilang sedar.
  • Mata adalah terlalu terbenam.
  • Ketidakhadiran airmata.
  • Mulut dan lidah adalah terlalu kering.
  • Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.
  • Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali. 
  • Kekurangan jumlah air kencing.

Punca-punca cirit-birit

  • Meminum air yang tercemar.
  • Memakan makanan yang tercemar.
  • intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
  • Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba. 

Punca-punca kronik

Apabila cirit –birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti : 


  • Penyakit gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser.
  • Selepas pembedahan – contohnya, gastrektomi.
  • Penyakit-penyakit usus. 
  • Jangkitan usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella – jangkitan-jangkitan virus – jangkitan-jangkitan protozoa Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit
  • Kecacatan penyerapan
  • Selepas pembedahan
  • Fistula dalaman
  • Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra
  • Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.
  • Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.
  • Kanser
  • Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik. 
  • Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.
  • Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedu dan salur gastrousus.
  • Reflex diarrhoea due to extracolonic disease e.g. pelvic inflammation, urinary tract condition, appendicitis etc.
  • Constitutional diseases- e.g. hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases.
  • Organic neurological diseases –e.g. intracranial disease. 

Apa yang dapat dilakukan oleh anda

Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.

  • Minum banyak air.
  • Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
  • Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
  • Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau pisang yang dimasak.

  • Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk dihadam.
  • Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding dengan doktor anda.
  • Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda. 

Bayi
  • Teruskan penyusuan bayi.
  • Jika memberi formula susu, cairkan formula tersebut dan berikan cecair rehidrasi oral selepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.
  • Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
  • pantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.
  • Runding dengan doktor anda jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah, atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir pada najis. 

Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan
  • Memeriksa dan menyiasat untuk menentukan punca berlakunya cirit-birit. Ujian lanjutan mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis dll.
  • Mempreskripsi ubat-ubatan yang sesuai dan cecair rehidrasi oral.
  • Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Pada keadaan tertentu, penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan.
  • Ingatlah bahawa walaupun cirit-birt dianggap sebagai penyakit yang mudah dan biasa, ia tidak seharusnya diabaikan, terutamanya pada bayi-bayi.
  • Tabiat kebersihan makanan yang baik.
  • Cuci tangan anda dengan sempurnanya menggunakan sabun dan air sebelum menyediakan dan mengendalikan makanan.
  • Basuh tangan anda dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas.
  • Sediakan makanan di kawasan yang bersih. 
  • Tudungkan makanan yang telah dimasak.
  • Jangan menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yang telah dimasak dan yang belum dimasak semasa penyediaan makanan.
  • Jangan batuk atau bersin berhampiran makanan yang telah dimasak.
kredit to efarmasi


p/s authorize agent cuckoo 56741..Dapatkan penapis air cuckoo serendah RM60 sebulan SAHAJA!! more info click @cuckoo_ummuauliya

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~