Nuffnang Ads

Friday 22 April 2016

Senarai barang ibu bersalin ke Hospital!!

Assalamualaikum wbt..

Selalunya masuk je 28 weeks nurse da siap pesan prepare barang2 yang nak di bawa ke hospital..tapi macam selalunya jugak cik ann endah tak endah je..sampai la time beranak si abang dulu..boleh pulak barang x cukup..sebab cik ann x buat double check up..Ingatkan semua da complete, rupanya barang baby cik ann cuma bawak baju sepasang je..hihihi...hampeh betul..nasib baik hosp dengan rumah just 5 minit je..so boleh la cik somi gi balik sekejap..tapi jenuh la jugak nak berulang alik kan..

so apa2 pon..di ingatkan baju ibu dan baby kena buat untuk 1 HARI persalinan.. termasuk lah barang mandian..baju untuk bermalam..ini normal (kalau rumah jauh tu bawak la utk 2 hari persalinan) ..cuma ada setengah orang yg bernasib baik tu selepas subuh da masuk labor room (lb)..jap gi petang da boleh keluar..tu pun sebab ibu dan baby xde masalah...ha yg ni memang la cik ann idam2kn..bukan ape..kat rumah lagi senang nak urus diri n nak rest berbanding dgn hosp kan..baby pon ada org tengokkan kalau kita nak makan or nak ke toilet..


time si abg dulu cik ann masuk lb tgh hari..esoknye tgh hari da boleh keluar...TAPI kalau yg x bernasib baik tu jadi lah macam cik ann time bersalin dak kakak..bermalam dekat 7hari sampai jemu dok kat hosp..huhu...


Keperluan Ibu Di Wad

  • Tuala – sehelai
  • Kain batik – 2-3 helai (kalau di hosp ada uniform ibu mengandung just bawak kain batik utk balik ke rmh je..)
  • Maternity Pad – 12 keping (sebaiknya beli yang saiz lebar dan panjang – overnight & wing)
  • Toiletries – berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo, sikat (beli yang travel kit supaya lebih mudah dan ringan untuk dibawa)
  • Baju – sepasang (untuk dipakai bila nak keluar wad nanti – lagi mudah kalau ada bukaan menyusu, senang kalau tiba-tiba baby nak menyusu)
  • Nursing cover – 1 helai (ibu dapat menyusu dengan lebih selesa)
  • Tudung – 1-2 helai (bawa tudung yang paling mudah dipakai)
  • Arm sock (sarung tangan) – 1-2 pasang (biasanya lengan baju kat wad ni panjang dia 3/4 lengan jer, aurat tu)
  • Kismis, kurma, biskut, roti (boleh dipek kecil awal-awal kecuali roti yang cepat expired)
  • Air zam-zam (kalau takde, boleh sediakan air mineral tapi kalau dah berada di wad, boleh amalkan air suam) – minum kerap tapi sedikit-sedikit.
  • Pakaian dalam – bawa untuk 2 hari..beli nursing bra senang nk nyusu..n panties beli yang disposal tu je..
  • Stoking tebal – 1-2 pasang
  • Buku pink – buku ni sangat penting untuk dibawa ke mana-mana. Nak-nak lagi kalau ke hospital. Dah jadi macam passport nih.
  • Plastik besar – untuk meletakkan baju kotor.
  • Termos dan cawan..kot nak minum air panas atau nak bancuh air ke..
  • pakai selipar yang senang nak sarung bersama stokin..senang nak jalan2 dlm wad..


Keperluan Bayi Di Wad

  • Baju lengan panjang – 1 helai
  • Baju lengan pendek – 3 helai
  • Tuala – 1 helai
  • Lampin – 5 helai
  • Diaper/Nappy – 10 keping
  • Kain bedung – 1-2 helai
  • Mitten & booties – 3 pasang
  • Topi bayi – 1 helai
  • Tisu lembab (wet tissue) – 1 pek
  • Getah alas salin pampers
  • Barut baby – 5 helai
pic kredit to mycomel

Keperluan Ibu Ke Bilik Bersalin (Labour Room)

  • Hanya bawa diri dan kandungan jer….hehehe. Nanti ibu perlu menukar pakaian sedia ada dengan pakaian hospital. Pastikan tanggal semua perkakas emas atau perhiasan badan. 
**(macam kat hosp kemaman die tanya ada x bawak minyak selusuh sbb nurse nak curah kat miss v untuk lembutkan kulit vagina..)


Keperluan Bayi Ke Bilik Bersalin (Labour Room)




bedung baby..
  • Baju lengan panjang – 1 helai (labour room sejuk tau)
  • Kain bedung – 1 helai
  • Diaper/Nappy – 2 keping
  • Mitten & Booties – 1 pasang
  • Topi bayi – 1 pasang
  • Barut Baby – 1 pasang
**letak siap2 dalam beg so bila emergency datang boleh terus capai je..



kredit to myliferia

p/s authorize agent cuckoo 56741..Dapatkan penapis air cuckoo serendah RM60 sebulan SAHAJA!! more info click @cuckoo_ummuauliya

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~