Nuffnang Ads

Monday 30 September 2013

Coklat kek moist...

Bahan-Bahan

Telor 4 biji.. kalau size besar guna 3 biji je..
1 tin susu cair ideal..
1 sudu teh coklat emulco ( takde pun takpe )
1 sudu teh esen vanilla.. (aku guna satu
penutup botol tu)
1 1/2 butter.. ( 250 gram + 125 gram butter)
2 cawan gula kastor.. bkn gula yg korang
buat bancuh air tu tau..
1 cawan serbuk koko ( di ayak)
2 cawan tepung gandum ( di ayak.. guna
sukatan cwn yg sama)
1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda
bikarbonat ( di ayak jugak)


Cara membuatnya :
Masukkan butter dlm periuk.. cairkan.. guna
api sederhana..
Kemudian masukkan susu cair.. kacau sebati..
Pastu masukkan gula kastor pulak.. kacau lg..
Masukkan esen vanilla..
Dan masukkan coklat emulco.. kacau
kesemuanya biar sebati dan tutup api..
pindahkan adunan ke dalam bekas lain atau
pun guna je periuk tu pun boleh..
Aku pindahkan dlm bekas lain.. biar nmpk cun
sikit.. ekekke...
Sementara tu, dlm bekas lain lak sila pukul
telor ayam tu guna whisker.. pukul agak2
kembang aje .. takyah nak beriya2 sgt
pukulnya.. hehehe..
Kemudian, tuang sikit demi sedikit ke dalam
adunan td.. kacau sebati..
Pastu lak baru masukkan bhn2 yg di ayak td
( tepung + serbuk koko + soda bikarbonat +
baking powder )..
Masuk sikitt demi sikit... gaul sampai semua
adunan sebati.. sherashi bershama.. ecehhh..
Haaa.. dah sebati punnn..
Pastu masukkan adunan ke dalam loyang..
Masuk paras stgh dr loyang je tau sbb kek ni
naik tinggi.. sblm tu jgn lupa griss kan loyang
dgn butter.. kang melekat kang kek tu kalo
loyang tak di griss..
Tutup dgn aluminium foil utk elak kek terkena
titisan air dr pengukus.. tak pun balut je
penutup pengukus tu dgn kain..
Kukus kek sampai masak..
Smlm aku kukus dlm sejam je kot dgn api yg
sederhana.. maksudnya api tak besar sgt dan
tak kecik sgt..
Make sure pengukus di panaskan dulu sblm
masukkan adunan kek td.. air dlm periuk
kukusan pun jgn sikit sgt, kang kering lak sblm
kek tu sempat masak.. paham ehh..


kek yg da siap dibakar..ok kan..nak deko ngan coklat plak..


nampak x limpahan coklat ganache tu..ha tu jgn tiru ye..sbb tray xde..
n malas nk angkat2 kek..tgn x kuat takut kek jatuh je..

Saturday 7 September 2013

GBS positive..

Salam..

Buat pengetahuan readers sekalian, kehamilan yg pertama, saya disahkan GBS positive, dan 2x di masukkan antibiotik sepanjang kehamilan memandangkan saya mengalami keputihan yang agak teruk..Baby pula kena on antibiotik selama 5 hari sebaik sahaja selepas bersalin disebabkan GBS ni..Apa itu GBS. Jom kita baca serba sedikit simptom2 GBS...

GBS bukanya keputihan sebab kebanyakkan keputihan bersimptom dan dibawa oleh bakteria lain seperti chlymdia dsb atau parasit trichmonas,kulat dsb. Jadi kalau keluar cecair keputihan bukanlah simptom yang anda dijangkiti GBS.

Kebanyakkan pembawa GBS (koloni) tidak menunjukkan simptom langsung

GBS bukan keputihan bakteria yang menyebabkan , ia berada disesetengah 10-35% wanita sahaja

Ia tidak sama dengan Group A streptococcus (GAS) yang selalu menjangkiti tekak..ingat gula2 strepsil?

Kajian yang dilakukan di Department of Obstetrics and Gynecology, Northwestern University Medical School, Chicago, IL, USA mendapati antibiotik hanya berkesan pada 43% dari 100% pembawa GBS

GBS akan menjadi bahaya apabila ia menyerang saluran kencing dan jangkitan ini perlu dirawat segera.jangkitan UTI boleh juga dibawa oleh bakteria E.Coli yang berpusat didubur.

Antara tanda2 kita dijangkiti GBS ialah :-
• Air ketuban akan pecah 18jam awal sebelum bersalin
• Kelahiran bayi sebelum 37 minggu
• Jika tidak dirawat kemungkinan 50%pembawa berkoloni akan mengjangkiti bayi
• Suhu badan meningkat ketika bersalin
• Bayi anda telah dijangkiti pada kelahiran sebelum ini
• Anda telah dijangkiti GBS didalam faraj ketika awal pregnen.
• Pemeriksaan air kencing mendapati anda telah dijangkiti pada awal pregnen

Hingga saat ini masih tiada ubatan moden yang dapat mengubati GBS disebabkan sistem imun badan kita tidak diprogram secra semulajadi untuk menghalang GBS berkoloni

TETAPI BERITA BAIKNYA


Kolustrum dapat membantu meningkatkan sistem imun bayi anda dan melawan GBS,itupun jika andaBF.

Beberapa kajian juga mendapati memakan bawang putih mentah dapat membantu menghalang GBS berkoloni

Ada beberapa kaedah alternatif juga dapat membantu menguatkan sisitem imun kita supaya dapat mencegah GBS darpada berleluasa.

Sebaik2nya usah risau cuba cari supplemen2 yang dapat menguatkan sistem imun kita seperti vit C,astragalus dsb

ada masa siapa2 boleh pendekkan dan melayukan soal jawab ni ;-)
http://www.childbirth.org/articles/GBS.html

antara soalan saya dgn gynae dulu,
adakah saya pembawa gbs sebab saya kurang jaga kebersihan?
TIDAK

adakah kerana pemakanan saya?
TIDAK

Sekian saja..minggu depan 32weeks saya kena check up dengan doktor untuk mengesahkan kewujudan GBS untuk kehamilan kali ni..doakan saya banyak2 k semuanya selamat...

baca sini untuk lebih detail..

p/s..entry serius..so bahasa pon nak formal gak kan..hahah...


15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK


               Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

               Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
 Kurang berdoa semasa mengandung.Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
 Kurang berdoa semasa membesarkan anak.Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.





Sumber : Darulharis

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~