Nuffnang Ads

Monday 21 April 2014

Makanan pertama saya!

Bayi Dan Makanan Pejal
Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: April 18, 2012

Proses memperkenalkan bayi kepada makanan pejal boleh dilakukan selepas bayi berusia enam bulan. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara perlu diberikan perhatian.

Berikut adalah 10 perkara yang perlu diambil kira oleh semua ibu bapa sebelum memberi bayi makan makanan pejal.

1. Bayi berusia enam hingga lapan bulan perlu diberi makanan pejal di antara dua hingga tiga kali sehari.

2. Jangan sesekali mendesak anak makan banyak pada satu-satu masa. Beri bayi anda masa untuk belajar makan makanan pejal.

3. Makanan pejal yang sesuai untuk bayi berusia enam bulan ialah puri. Puri tersebut bolehlah dicairkan dengan mencampurkannya bersama susu ibu.

4. Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, pisang, labu, lobak merah, kentang dan brokoli sesuai untuk dijadikan puri.

5. Pada peringkat permulaan, elakkan memberi bayi anda makanan yang boleh menyebabkan masalah alergi seperti keju, kekacang, makanan laut dan telur.

6. Jangan sesekali menambah garam atau gula dalam makanan bayi anda kerana buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.

7. Mulalah perkenalkan makanan jejari selepas anak anda semakin pandai makan iaitu ketika usia sekitar lapan bulan.

8. Jika anak menolak makanan yang anda berikan padanya. Jangan marah dan terus memaksa anak makan makanan tersebut. Mungkin bayi anda belum bersedia menerima makanan tersebut. Cuba berikan anak menu lain. Paling penting, ibu bapa jangan cepat berputus asa.

9. Ketika memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, beri dia menu yang sama selama empat hingga tujuh hari. Hal ini penting untuk melihat tindak balas tubuh anak terhadap makanan tersebut. 
Adakah dia mengalami masalah penghadaman atau alah kepada makanan yang anda berikan itu.

10. Sekiranya anak anda demam atau sakit, anda perlu memberi dia minum banyak air dan berikan dia makanan yang paling digemarinya.


.................................................................................

Salam..ok sumber dari pama ye..mak2..ibu2 mesti excited nak bagi baby 1st food die kan..kalau yg bukan fully bf tu mesti da berapa banyak da baby tu telan makanan..jangan yunk..silap bagi buat naya je..ilmu parenting tu penting..kalau rasa was2 dengan nasihat mak2 kita..or org sekeliling..apa kata beli la buku parenting kan..paling mudah pon rajin2 lah mengoogle..pastikan info yg betul ye..

Anak da masuk 2 ni pon bukannya teror sangat..kena jugak mentelaah..memang memories totally lost langsung pasal 1st food bagi solehah dulu..yg ingat 1st tyme dok suap die dulu susu ebm..licin die minum..kiki..pastu x ingat da bagi ape..yang pastinya auliya tak boleh makan bubur blend dengan carrot..memang sembelit la jawabnye..n no salt aka garam till 1 year ye adik kakak..

muke budak kiut minum susu ebm pakai sudu..kemain lagi..huhu

.................................................................................

Bila dok google2 rupanya 1st solid food yg baby seawal 6 bln boleh makan adalah...

"Makanan awal yang selalu disyorkan ialah bijirin beras ditambah zat besi khas untuk bayi sebab mudah dicerna dan memang diketahui akan tidak mencetuskan sebarang reaksi alergi. Kementerian Kesihatan juga menyarankan bubur nasi yang dimasak sendiri.

Mulalah dengan mencampurkan satu sudu kecil bijirin dengan empat atau lima sudu kecil susu badan, susu formula, atau air masak sejuk. Anda boleh menggunakan sudu bayi tetapi sesetengah pakar menyarankan supaya anda menggunakan jari saja, tetapi pastikan ianya bersih. Cara yang mudah ialah mencuit sedikit campuran bijirin dengan hujung jari dan suakan kepada bayi...."

Sumber dari baby centre...

..............................................................................

Lain2 info..

1. Test makanan hanya pada waktu pagi sahaja..reason..kalau malam x ke naya kalau ada reaction allergic...
2. Teruskan makanan untuk 3-4 hari untuk sesuaikan makanan dengan perut sebelum mencuba makanan yang lain...
3. Kenalkan makanan secara berperingkat..bukan sumbat semua sekaligus ye mak2
4. Elakkan makanan yang boleh mendatangkan reaction allergic atau makanan yang tidak boleb diberi pada bayi..lihat entry seterusnya..
Itu sahaja buat masa ni..all the best to mom n baby..apa yang penting kerjasama!


adik da ready nak makan...

muka budak tengah makan bubur blend sawi, ikan, kismis, n kurma..
licin makan..


link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~