Nuffnang Ads

Wednesday 11 November 2015

JERAWAT angkara hormon semasa pregnant?

     Jerawat tumbuh disebabkan oleh perubahan hormon. Dengan mempraktikkan penjagaan kulit yang betul semasa mengandung and selepas bersalin, Insya Allah kulit Akan kembali seperti sedia kala. Selepas bersalin, berikan sekurang kurangnya 6bulan untuk hormon kembali kepada sebelum mengandung. 

     Buat masa ini, penjagaan asas kulit harus dipraktikkan untuk mengawal jerawat dari menjadi lebih teruk. Check dengan doktor mengenai beberapa bahan bahan yang mungkin tidak sesuai / merbahaya digunakan sewaktu mengandung Dan juga facial treatment yang mungkin tidak sesuai /merbahaya .
   
       Antara bahan dan treatment yang biasanya digunakan untuk merawat kulit berjerawat harus dijauhi sewaktu mengandung adalah seperti:

-Accutane Dan Retin-A
yang menyebabkan kecacatan kelahiran yang serius jika diambil sewaktu mengandung. 


-Laser treatment Dan chemical peels
Harus ditangguhkan hingga selepas bayi di lahirkan


-sebarang facial treatment yang menggunakan mesin.
Kerana mesin2 yg digunakan keatas muka sewaktu membuat facial mengandungi aliran arus elektrik, walapun anggaran arus elektrik itu sedikit namun amat merbahaya kepada janin. 

Beberapa bahan yang selalu digunakan untuk merawat jerawat adalah:
-beta hydroxy acid atau BHA
-salicylic acid. 
-glycolic acid
 
3 bahan diatas biasanya dicampur Dan digunakan sebagai bahan asas peeling muka. Oleh kerana time mengandung, kulit kita Akan lebih cenderung menjadi nipis Dan sensitif, naik jerawat, bahan2 seperti diatas mungkin  kurang sesuai digunakan kerana khuatir kulit Akan lebih sensitif, lebih nipis Dan mungkin menyebabkan tumbuhnya lebih jerawat Akan membuat kulit wajah kita lagi susah dirawat.

Gunalah penjagaan kulit yang berasaskan bahan semulajadi, organic untuk merawat jerawat sewaktu mengandung. Penggunaan tea tree oil mungkin membantu.. Selain itu doktor sarankan jangan menggunakan sebarang pencuci ketika jerawat tumbuh dengan banyak..hanya gunakan minyak zaitun pure (olive oil) sebagai agen pencuci dan rawat masalah jerawat..cubalah..


#artikel ini hasil copy dan diolah sedikit..kredit to ..---lupe dah..tq..



muka sewaktu mengandung ammar anak kedua..jerawat naik 2-3biji serentak..lepas tu tinggal parut..naik lagi 2-3biji..parut lagi..tapi x seteruk pregnancy ke-3 ni..


muka sebelum kejadian..Raya pertama July 2015 bersama anak ke-2 ammar solihin..jerawat seketoi ja kat dagu sbb tgh dtg bulan..

   close up sket..muka Ogos 2015..make up2 tp x touch up bedak..sbb xdok bedak..haha..kejaan bila hubby outstation seminggu..
   muka mmg slalu naik jerawat..so parut degils tu mmg banyak..n pores pon besau2..muka x bape haluih sebab sejak darjah 6 memang da ade pimples..DARJAH 6 ok..so nak kasi feloless tu cheq pakai bedak arab..nmpak la mulus n gebus sket..huhuuu



pic latest..time solat kena letak kapas..sbb takut mencemar telekung..mmg jenuh nak basuh tiap hari..gunung-ganang ni ada je yg meletus tiap hari..sakit..siksa woo...


  11weeks 5days- 10/11/2015 time besday....pimples agak surut berbanding sebelum..gambar time parok xdop..sbb keciwa nk snap pic..so bayangkan betapa teruknye mslh pimples ni..huaaaa malu ok..

   lepas tukar pencuci safi-olive pimples cepat kering..sebelum ni guna sabun marine essence..agaknya x berapa sesuai..

k la daaa~

Tuesday 7 July 2015

Mari Belajar Bahasa Arab




1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan
3. Akhi - abang atau saudara lelaki
4. Zauj - suami
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i'm really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih-sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada -persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah -setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa' - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak (lelaki)
16. Syafaakillah - Moga Allah menyembuhkan awak (perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga(jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahukhairujaza' - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana -Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-'izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , insha Allah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu 'alal khair - selamat malam
32. Na'am - Ya
33. yallah yallah bisura'h - mari-mari cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?- tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai'e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina -syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kami


copy paste..

Saturday 9 May 2015

Bagaimanakah Cara Rasulullah SAW Mengawal Kemarahan?


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Rasulullahﷺ  menunjukkan beberapa panduan kepada kita bagaimana menguruskan sifat marah. Rasulullahﷺ  sentiasa menasihati para sahabat agar berwaspada dengan sifat marah..

Jangan Marah.
Seorang sahabat Abu Hurairah r.a. telah meminta Bagindaﷺ  menasihatinya. Rasulullahﷺ  bersabda; “Jangan marah”. Larangan ini diulang oleh Rasulullahﷺ  beberapa kali. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Malik dan Tirmizi).
Begitu juga dengan seorang lagi sahabat yang bernama Abdullah bin Amru. Beliau bertanya Rasulullah ﷺ tentang sesuatu yang boleh menyelamatkan dirinya daripada kemurkaan Allah. Baginda ﷺ  menjawab perkara yang sama iaitu, “Jangan Marah”..
Dalam suatu kejadian, seorang sahabat meminta nasihat daripada Rasulullah ﷺ, lalu Baginda bersabda, “Janganlah kamu marah.” Sahabat lain pula bertanya, “Apakah yang dapat menyelamatkan daku daripada kemurkaan Allah?” Maka jawab Rasulullah ﷺ: “Jangan tunjukkan kemarahan kamu.” Sahabat yang lain pula meminta satu amalan kebaikan yang mudah untuk dilakukan, maka sabda Rasulullah ﷺ, “Janganlah marah!”
.
Mohon Perlindungan Kepada Allah
.
Dari Sulaiman bin Surad r.a., katanya: “Saya duduk bersama Rasulullah dan terdapat dua orang yang saling bermaki-makian antara satu sama lain. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesar urat lehernya, kemudian Rasulullah bersabda:“Sesungguhnya aku mengetahui suatu ucapan yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (iaitu kemarahannya), iaitu andai kata dia mengucapkan: “A’udzu billahi minasy syaithan,” tentulah lenyap apa yang ditemuinya itu.” Orang ramai lalu berkata padanya (orang yang merah padam mukanya tadi): “Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan.” Lelaki itu menjawab: “Adakah aku gila (sehingga aku perlu meminta perlindungan daripada syaitan) ?” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
.
marah
   Siapakah Orang Yang Paling Kuat
.
Suatu ketika, Rasulullahﷺbertanya kepada para sahabat. “Siapakah orang yang paling kuat di kalangan kamu?” Maka para sahabat memberi berbagai-bagai jawapan. Rasulullahﷺ  lalu berkata, “Bukanlah orang yang kuat itu orang yangbanyaknya berperang (selalu menumpaskan orang lain); Sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
.
Peristiwa ini menunjukkan betapa pentingnya kita menahan diri daripada  sifat marah. Banyak insiden yang tidak diingini boleh dielakkan sekiranya kita berjaya menahan marah.
Rasulullahﷺ  menunjukkan ‘Qudwah’ yang baik ketika sedang marah. Dalam satu kejadian, seorang Arab Badwi telah menarik pakaian Rasulullahﷺ  sehingga meninggalkan kesan merah pada leher Baginda.  Lelaki Arab tersebut menuntut agar Rasulullahﷺ  memberikan wang kepadanya. Rasulullahﷺ  hanya tersenyum dan mengarahkan seorang sahabat menunaikan permintaan lelaki tersebut.
..
Rasulullah  Juga Manusia Biasa
.
Sebagai manusia biasa, Rasulullah ﷺ juga berasa marah. Namun Rasulullah ﷺ tidak pernah menunjukkan kemarahan itu dengan lidah atau perbuatannya. Apabila Baginda marah, para sahabat mengetahuinya dengan melihat wajah Baginda berubah menjadi merah dan peluh menitis di dahinya. Baginda juga akan senyap untuk beberapa bagi mengawal rasa marahnya..
Firman Allah سبحانه وتعالى:
وَإِن تَعْفُوا۟ وَتَصْفَحُوا۟ وَتَغْفِرُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌ
“Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(urah At-Taghabun ayat 14).
.
Rasulullahﷺ  menjanjikan balasan yang baik di akhirat kepada sesiapa yang berjaya menahan marahnya. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi, Baginda bersabda;“Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia mampu melempiaskan marahnya, Allah سبحانه وتعالى  akan memanggilnya dari kalangan makhluk pada hari kiamat dan dia diberi peluang memilih bidadari yang ia sukai di syurga.”

Menurut Imam Al-Ghazali, 10 punca menyebabkan sikap marah adalah: 
.
1. Rasa bangga diri (sombong)
2. Takjub kepada peribadi sendiri
3. Suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas
4 Suka bercakap perkara sia-sia
5. Suka membuat fitnah
6. Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
7. Berlaku khianat
8. Tamak kepada harta dan pangkat
9. Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi
10. Dengki dan irihati. 

Marah Terpuji

.
Marah yang dipuji adalah marah yang pertengahan, iaitu marah bertempat. Contohnya, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat.
Rasulullah  mengajar dalam sabdanya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.” 
.
Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. Begitu juga dalam mencegah kemungkaran, perlu ada marah. Contoh paling hebat berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali berada dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya, tiba-tiba musuhnya itu meludah mukanya. Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. 
.
Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya kepada Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya. Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana marah kepada kamu kerana meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah. 

Cara Mengawal emosi marah : Banyakkan Minum Air Kosong

Tiga langkah bertenang yang pertama adalah; banyakkan minum air kosong. Jika pakar kesihatan menyarankan kita supaya minum air lapan gelas sehari, seboleh mungkin capailah angka ini.
Mengapa?
Kerana air memang akan menenangkan dan menyejukkan. Syaitan dijadikan daripada api, maka siramlah api yang berada dalam badan dengan air.
Jangan lupa baca Bismillahirrahmanirrahim setiap kali hendak minum air
Selain itu, jika dapat berwudhuk adalah lebih baik.
Mohon kepada Allah agar api kemarahan yang sedang menyala di dalam diri menjadi kecil dan akhirnya terpadam. Biar terhapus emosi marah tersebut.

Mengawal emosi marah : Memakai Pewangi Setiap Masa

Kedua, amalkan memakai pewangi setiap masa.
Wangikan tubuh dan kawasan persekitaran. Kewangian akan membawa emosi marah kembali stabil manakala bau yang busuk pula boleh menyebabkan kita cepat marah.
Tanpa sebarangan wangian memanglah tiada apa – apa, tetapi jika wangi dapat merangsang diri untuk lebih tenang dan bijaksana

Mengawal Emosi Marah : Amalkan Teknik “Pause”

Pernah dengar teknik ni?
Konsep pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional.
Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita.
Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional semasa marah.
cara kawal kemarahan
1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.


6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
Sabda Rasulullah s.a.w dalam satu yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari bermaksud :

"Jangan kami memutuskan silaturahim dan jangan kamu bergaduh dan jangan kamu berhasad dengki dan jadilah hamba Allah s.w.t yang bersaudara."

Kesan negatif dari perasaan marah adalah lebih banyak dari positif. Semoga kita dapat mengurangkan dan mengawal perasaan marah sebelum terlewat. 
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
copy paste syafiqolbu

Wednesday 8 April 2015

Amalan-amalan Untuk Mendapat Husnul Khatimah..


                     Sebaik-baik umur adalah umur yang panjang dan penuh dengan amal soleh. Dan seburuk-buruk umur menurut Allah SWT adalah yang panjang umurnya tetapi diisi dengan dosa dan maksiat kepada Allah.
                     Para ulama telah merumuskan bahawa terdapat sembilan perkara perlu dilakukan oleh seorang mukmin itu supaya di akhir hayatnya mereka dikurniakan husnul khatimah. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
                       Pertama : Keadaan di akhir hayat seseorang bergantung kepada amalan sehari-hari. Oleh kerana itu, isilah hari-hari kita dengan selalu meningkatkan iman dan amal soleh.
                     Kedua : Selain berusaha untuk selalu meningkatkan ibadah fardu dan sunat, maka perlu memperbanyak amalan ihsan, iaitu amalan yang memberi kebaikan kepada orang ramai, baik berupa ajakan untuk kembali kepada Allah (dakwah ilallaah), menyebarkan ilmu, menyebarkan kasih sayang, menyebarkan amal soleh, dan selalu berpesan-pesan kepada yang hak dan berpesan -pesan pada kesabaran .
                      Ketiga : Tidak meminta mati kecuali kerana telah terjadi fitnah yang mengancam keselamatan diri dan agamanya.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
                     Keempat : Jangan sekali-kali berfikir untuk mengakhiri hidup dengan jalan pintas kerana adanya tekanan hidup yang berat. Orang yang mengakhiri hidupnya dengan jalan pintas (bunuh diri) tidak akan diterima amalnya dan dipastikan dia akan masuk neraka.
Firman Allah SWT yang bermaksud,"...Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (Surah Yusuf ayat 87)
                    Kelima : Ajal adalah sebuah misteri, merupakan rahsia Allah. Ia datang secepat kilat, tetapi tidak datang-datang walaupun telah dinanti-nantikan setiap saat. Namun jika ajal telah datang, tidak boleh ditunda atau dimajukan walaupun sedetik.Buatlah persiapan sebaik mungkin sebelum meninggalkan dunia ini. Persiapan sebelum kematian adalah sentiasa beristighfar, sentiasa minta maaf sesama manusia, selesaikan semua hutang-hutang, jaga solat fardu berjemaah dimasjid, sedekah jariah, sebarkan ilmu yang bermanfaat dan melahirkan anak-anak yang soleh.
                    Keenam : Mengamalkan doa untuk dijadikan orang yang husnul-khatimah pada setiap akhir solat fardu.
Di antara doa-doa yang perlu diamalkan adalah :
هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
Hablii hukmaw wa al hiqniy bish shoolihiin
Maksudnya, “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh."
(Surah asy-Sy’araa, ayat 83)
اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك
Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika Maksudnya, “Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat).” (Hadis riwayat Ibnus Sunny)
اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
Maksudnya, “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk).”
                    Ketujuh : Selalu menumbuhkan perasaan khauf dan rajaa (takut dan harap), iaitu takut akan tidak diampuninya dosa-dosanya dan berharap bahawa Allah SWT itu Maha Rahman dan Rahim yang akan selalu memberikan rahmat kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya.
                      Kelapan : Ketika sudah ada tanda-tanda akan dipanggil oleh Allah SWT perbanyaklah membaca kalimat toyyibah, Nabi SAW ada menyatakan siapa yang ucapan terakhirnya adalah Laa Ilaaha illallah orang itu dijamin masuk syurga.
                   Kesembilan : Sentiasa memperbanyakkan sedekah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (Su’ul Khatimah).” (Hadis Riwayat al-Turmuzi)


Wednesday 11 March 2015

Petua Atasi Penyakit Batu Karang


Petua untuk mengatasi penyakit batu karang. Ada banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu. Baca SINI..pengalaman cik ann kena batu karang..sob..sob..


Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
  • Minum banyak air bersih ( air bertapis, RO, air mineral, air dirawat ) untuk membersihkan air kencing. 
  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat. 
  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini. 
  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh. 
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat. 
  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat. 
  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan. 
  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol. 




Penawar Batu Karang cara Tradisional

Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira

satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.


Nanas Sembuh Penyakit Batu Karang

Bagi pengidap batu karang, kupas sebiji nanas dan cincang. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari. atau
Try Cari Sulur Nenas campur ngan gula batu, minum hari hari...sampai dah tak ada batu karang tersebut....


Lobak Putih

minum air lobak putih yang dijadikan jus seminggu 2kali. Jangan diamalkan hari-hari sebab air 1 / 2 lobak putih adalah tajam.


Epal Hijau, minyak zaitun

5 hari yang pertama, minum 4 gelas air epal hijau setiap hari (nak makan 4 @ 5 biji epal hijau pun boleh gak). Jus epal ni melembutkan batu karang.

Hari ke enam pulak , jangan makan malam! Pada pukul 6 petang minum garam Epsom (magnesium sulphate) dengan air suam. Ulang lagi pada pukul 8 malam. Magnesium sulphate buka bukaan pundi kencing. Pada pukul 10 malam, ambil setengah cawan minyak zaitun(atau minyak bijan) yang dicampur dengan setengah cawan air lemon. kacau dan minum. Minyak ini akan bertindak menjadi pelincir. Esok paginya, jangan terkejut kalau nampak batu hijau kat najis...biasanya terapung!...dan boleh dikira :). Jika tak de batu karangpun, petua ini elok untuk membersihkan pundi kencing.


Tembikai dan Prune Juice

Kisar sebiji buah tembikai bersama sedikit gula batu (untuk sedapkan). Minum setiap hari. baru2 nie saya kena batu karang, makan ubat selama 1 minggu tak baik so member ofis rekomenkn makan tembikai 1 biji kena habiskan dlm masa 24 jam selama 3 hari berturut2 (sama ada makan atau jadikan jus tanpa campur air) alhamdulillah lepas 3 hari jumpa doktor, doktor kata dah clear tak ada apa2,

cubalah, insya'allah sembuh masa minum selawat 3x ya.




copy paste..

Cara singkirkan batu karang dalam hempedu...

by Dr Hamid Arshat

Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones)
  • Minum 4 gelas apple juice tiap2 hari selama 5 hari berturut2 
  • Hari ke 6 jangan makan malam (dinner) 
  • Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom(magnesium sulphate) , beli dari farmasi 


contoh garam epsom dan olive oil (minyak zaitun)
  • Pukul 8 malam ulang makan garam epsom 
  • Pukul 10 malam . Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan juz lemon yg fresh (perah 3 biji lemon0. Campur olive oil dengan juz lemon dan minum. 

InsyaAllah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu2 karang keluar.
.
.
.
.
.
.
copy paste

Saturday 28 February 2015

7 ciri utama Habbatus Sauda


Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus sauda:
1. Nilai pemakanan

Habbatus sauda kaya dengan:
- monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
- polysaccharide
- fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
- amino acid yang membentuk protein
- karotene iaitu sumber vitamin A
- kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


Berbagi cerita ttg khasiat Habbatus Sauda’ …

…ada seorang sahabat ana, yang anaknya mengalami pembengkakan (sejenis tumor) dantara pusar dan alat kelaminya. Ketika dibawa ke dokter spesialis anak, maka anak tadi di vonis dengan “BEDAH”, DENGAN KATA LAIN harus diangkat tumor tadi. Kemudian sahabat ana tadi, tidak tega kalau anak sekecil itu sudah harus di operasi. umurnya lebih kurang 5 tahunan.

Kemudian sahabat ana tadi mencarikan obat alternatif yang berupa “HABBATUS SAUDA” yang berbentuk minyak.Yang mana cara pemakaiannya setiap hari minyak habbatus sauda dioleskan pada bagian tubuh yang bengkak tadi (tumor) sehari 5 kali. lebih sering lebih baik lagi. Selain itu minyak habbatus sauda’ tadi dicampur dengan madu dan diminumkan kepada anak-nya. Alhamdulillah dalam waktu 1 bulan tumornya menghilang.
Memang selang 1 bulan kemudian tumor tersebut muncul lagi, tapi dengan izin ALLAH, diobati lagi dengan minyak Habbatus sauda’ tadi
alhamdulillah 1 bulan kemudian tumornya sembuh lagi / hilang tanpa bekas… dan alhamdulillah sampai sekarang anaknya sudah berusia 10 tahun, tumornya sembuh total.

Hmm, smua itu tentunya berkat jeyakinan kita pada ALLAH sebagai RABB yang menyembuhkan segala penyakit. Adapun Habbatus Sauda’ tadi hanya merupakan sebagai salah satu sarana ikhtiar kita yang memiliki kelebihan disebabkan dengan adanya jaminan hadist RAsulullah SAW.

CERITA KE 2

Seorang sahabt ana yang terkena kencing Batu, kemudain ana sarankan untuk menkonsumsi habbatus sauda yang masih dalam bentuk bijian asli (bijirin hitam) yang masih original, belum di olah. dimakan dengan cara dikunyah sampai halus kemudian baru di telan. Alhamdulillah reaksinya sangat cepat. Begitu dia makan habbatus sauda-nya hari ini, keesokan harinya ketika ia buang air kecil … subhanallah …keluar bersamaan dengan air seninya .. campuran batu2 kecil halus… yang menunjukan batu ginjal yang menghambat keluarnya air seni telah hancur.

Ini semua menunjukan kebesaran ALLAH sebagai Rabb yang Maha Penyembuh yang telah memilihkan Hambanya dengan Obat2an terbaik yang pernah ada dalam sepanjang sejarah manusia…yang alami yakni habbatus sauda’ dan madu.

INFO TAMBAHAN :
HAbbatus sauda yang beredar di pasaran ada 3 jenis

1. yang asli … masih berbentuk bijiran2 kecil hitam, bentuknya seperti jintan atau wijen
disebut juga dengan nama lain JINTAN HITAM.Rasanya phit2 pedas sedikit
BAik digunakan untuk orang dewasa.

2. Yang sudah diolah menjadi MINYAK.ini sangat baik untuk anak2 dan bayi yang belum bisa
mengunyah biji aslinya. karena bijiran asli habbatus sauda’ harus dikunyah sampai halus baru
ditelan, kalau gak halus maka bijirin nya gak akan bisa di cerna oleh tubuh, karena saking
kecilnya.

3. Yang diolah menjadi KAPSUL (no comment)

So…untuk antum2 yang sudah berkeluarga disarankan punya obat habbatus sauda yang minyak, agar ketika anak sakit panas atau demam, berikan habbatus sauda dengan dicampur madu atau air hangat, insyaallah salah satu manfaatnya adalah untuk menurunkan panas dan menyembuhkan.
.
.
.
.
copy paste




Tuesday 10 February 2015

Kisah keranda dan Sayyidah Fatimah Azzahra..

Sayyidah Fatimah Azzahra puteri tercinta Rasulullah , ketika berada di depan rumah Baginda  , tiba-tiba ada jenazah yang hendak dibawa itu lalu di depan sayyidah Fatimah Azzahra. Saat itu Sayyidah Fatimah bersama Sayyidah Asma binti khumaisy yang biasa menemani dan menghibur Sayyidah Fatimah setelah kepergian Rasulullah .

Menangis Sayyidah Fatimah teresak-esak hingga membuat Sayyidah Asma panik lalu Beliau bertanya, “ wahai Putri Rasulillah, kenapa engkau menangis melihat janazah itu? ada apa dengan janazah itu? ”Sayyidah Fatimah menjawab, setiap orang yang mati akan dibungkus dengan kain kafan yang rapat lalu akan di bawa ke perkuburan dengan di pikul oleh orang-orang yang membawanya?” *dahulu jika ada yang meninggal akan dipikul di Atas bahu

Lalu Sayyyidah Asma menjawab, “Tentu wahai putri Rasulullah? ” Lalu kata Sayyidah Fatimah,” Dan akupun kelak akan di bawa kekubur seperti itu?” Sayyidah Asma menjawab “na'am Ya bintu Rasulillah”. Lalu Sayyidah Fatimah " sebab itu yang menjadikan aku menangis, sungguh aku sangat malu jika nanti aku meninggal, kemudian di bungkus kain kafan dengan rapat lalu di angkat di atas Bahu orang-orang yang membawaku kekubur, sementara orang yang mengiring jenazahku akan melihatku, sungguh aku sangat malu saat itu mereka akan melihat lekuk-lekuk tubuhku "

Kemudian Sayyidah Asma berkata ” wahai putri Rasulullah, dahulu aku ke negeri Habsyah aku melihat janazah yang di bawa kekubur, jenazah diletakkan di sebuah tempat yang di sebut keranda, aku pikir itu boleh menutupi pandangan orang dari melihat lekuk tubuh jenazah yang dibawa”. Mendengar cerita Sayyidah Asma ini tiba-tiba tangis Sayyidah Fatimah terhenti, dan wajah nya berubah berseri-seri sambil berkata " wahai Asma sungguh aku berwasiat, jika aku mati nanti tolong buatkan aku keranda mayat seperti yang engkau ceritakan agar lekuk tubuhku tidak terlihat saat di bawa kekuburan"

Dan benar setelah Sayyidah Fatimah meninggal, maka di buatlah keranda untuknya.

Saat ini, di zaman ini! Adakah sifat mulia sayyidah Fatimah terbenak pada wanita yang berada di sekeliling kita?

Ya Allah bukakanlah pintu hati kami agar keagunganMu menetap didalam hati kami..



p/s authorize agent cuckoo 56741..Dapatkan penapis air cuckoo serendah RM60 sebulan SAHAJA!! more info click @cuckoo_ummuauliya


Perbaikilah Solat

Assalamualaikum wbt..
Sedikit perkongsian tazkirah:

Hidup kelam kabut datang dari solatnya yang kelam kabut,
Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu,
Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru,
Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,
Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas dan tenang, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal),
Hidup tertekan datang dari solatnya yang tiada tama'ninah,
Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah.
Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang cemerlang,
Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang,
Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai.

"Sesungguhnya BERJAYALAH orang2 yg beriman. Iaitu mereka yg KHUSYUK dalam SOLAT yg mereka lakukan"
- Al-Mu'minuun:1-2

Jom perbaiki solat kita dan ingatan ini terutama utk diri saya yg kdg2 melewatkan solat sbb urusan dunia.

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~