Nuffnang Ads

Wednesday 13 April 2016

Natural Induce untuk cepatkan bukaan semasa bersalin!

Assalamualaikum...

Natural inducer atau cara nak cepatkan bukaan..

1.  Bersenam.
Senaman contoh ketuk ketampi, sbb nak bagi baby turun, n bukaan kat bawah tu cepat buka.  Sway your hip, caranya berdiri tepi katil, pegang katil, n sway ur hip.  Bounce atas bola besar.  Kalau xde bola, can bounce kat tepi katil. Jalan itik, berjalan sekeliling rumah or shopping complex, dll.



2.  Buat kerja rumah.
tunduk bangun kutip baju, kutip mainan anak2 also can induce contractions.tapi bukan dengan cara membongkok..nak kutip tu buat cara duduk squat..



3.  Makan buah nenas.
Kerana kandungan enzim bromelain yg dimiliki nenas mampu mematangkan dan melembutkan pangkal rahim.  Step ini paling penting... Kalau pangkal rahim x lembut, macamana nak ada dan nak cepatkan bukaan.

4. Minum raspberry tea leave..
Better minum few weeks before delivery. It juz helps to ease the delivery bukan cepatkan bukaan sekaligus.



5. Makanan pedas
Jika anda boleh tahan kepedasan tanpa menyebabkan pedih ulu hati, ia merupakan bonus untuk anda. Walau pun tidak efektif untuk semua individu hamil, namun ada ibu hamil yang mengaku makanan pedas pencetus proses bersalin berlaku.

6.  Ambil evening primrose oil.
Tahukah anda ia sebenarnya EPO juga merupakan bahan yang boleh melembutkan serviks dan membantu proses bersalin. EPO bertindak seperti prostaglandin. EPO boleh diamalkan bermula 36 minggu ke atas dengan pengambilan 2-3 kapsul 500 mg sehari.

7.  Bersama suami sekerap mungkin.
Air mani yang mengandungi prostaglandin membantu untuk mematangkan serviks sekaligus mempercepatkan proses bersalin. Hormon oksitosin, iaitu hormon yang terlibat semasa bersalin, yang terhasil semasa orgasma memainkan peranan penting sebagai inducer semulajadi.

8.  Nipple stimulation.
Stimulasi payudara yang menyerupai cara bayi menghisap susu merembeskan hormon oksitosin yang menjadi pencetus kelahiran secara semulajadi. Bonus untuk ibu yang sedang menyusukan bayi sedia ada kerana ia membantu. Jika tidak cuba stimulasi puting sebelah payudara anda selama 5 minit dan lihat apa yang berlaku sebelum stimulasi payudara seterusnya.

9.  Makan kurma.
Bahan yang mudah didapati. Kajian yang dijalankan mendapati wanita hamil yang makan 6 biji kurma sehari selama 4 minggu sebelum kelahiran mempercepatkan proses bersalin. 96% dari wanita yang makan kurma juga boleh melahirkan secara spontan berbanding mereka yang tidak makan kurma.

10.  Banyakkan doa,
dekatkan diri dengan Allah.  Hey, nyawa di hujung tanduk tu.. Kita x tau kan, ke mana kita selepas urusan bersalin.

11.  Air selusuh dari suami sendiri.
Mine, husband hanya bacakan surah maryam, yassin n 40x al fatihah.

12. VCO virgin coconut oil
vco boleh diminum seawal 32 minggu satu sudu pagi dan satu sudu malam bagi mendapatkan kulit yg lebih anjal..gunakan vco untuk membuat urutan perineum bagi mengelakkan koyakan pada perineum dan membantu pembukaan serviks dengan lebih effectif...

kredit to oh ibu..

p/s authorize agent cuckoo 56741..Dapatkan penapis air cuckoo serendah RM60 sebulan SAHAJA!! more info click @cuckoo_ummuauliya


No comments:

Post a Comment

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~