Nuffnang Ads

Tuesday 29 March 2016

Solat wanita sakit bersalin...




Sedikit perkongsian yang diharap dapat memberi panduan buat semua mommies yg sedang preggy dan mungkin sedang menunggu hari untuk bersalin...

Seperti yang kita semua sedia maklum solat 5 waktu adalah WAJIB dan hukumnya berdosa jika ditinggalkan tetapi Bagaimana pula dengan solat bagi wanita yg sedang sakit bersalin dan sudah pecah ketuban atau keluar tanda (cecair dan darah)? Wajibkah untuk solat? atau tidak perlu lagi untuk solat?

Untuk itu, kita perlu fahami dulu beberapa jenis pendarahan yang keluar semasa hamil.

Darah yang keluar sebelum melahirkan anak adalah merupakan darah istihadhah. Ia tidak termasuk dalam kategori darah haid dan bukan juga darah nifas. Darah bercampur lendir ketika proses hendak bersalin juga dikira istihadah atau darah fasad (rosak)(darah penyakit) yang mewajibkan seseorang itu solat.

Oleh itu seorang wanita yang mendapat tanda-tanda bersalin sama ada keluar darah mahupun sebarang cecair, maka ia masih wajib mengerjakan ibadah seperti biasa.

Cara mengerjakan ibadah solat bagi wanita yang istihadahah adalah :

i) Membersihkan tempat keluar darah tersebut.

ii) Memakai tuala wanita

ii) Mengambil wuduk dengan segera

iv) Solat dengan segera

Sekiranya darah keluar sewaktu sedang melaksanakan ibadah solat, maka ia adalah dimaafkan dan solat tersebut adalah sah. Wuduk wanita istihadhah ini sah untuk satu solat fardhu dan beberapa amalan sunat.

##Credit: tanya-ustaz.com



Bagaimana pula sekiranya pecah ketuban?

Pecahnya air ketuban juga merupakan tanda awal proses kelahiran bayi. Pada asalnya, air ketuban bertindak sebagai kusyen yang melindungi bayi. Maka jelaslah di sini, ibu mengandung tersebut wajib mendirikan solat walaupun telah keluar air ketuban atau darah lendir tanda mahu bersalin.

Jadi di sini jika si ibu yg sedang sakit masih mampu berdiri dan solat seperti biasa, ibu bolehlah bersolat setelah membersihkan diri. Sekiranya tidak mampu, ibu boleh solat secara duduk (boleh rujuk seperti gambar di bawah) atau sekiranya tidak mampu boleh bersolat secara baring.

Bagaimana pula jika si ibu terlalu lemah dan tidak mampu untuk membersihkan diri dan tempat solat dari cecair dan darah yg keluar berterusan?

Situasi sebegini dikira situasi darurat yang mengharuskan perkara yang dilarang. Jadi si ibu harus solat secara baring tanpa membersihkan diri, tempat dan berwuduk. Si ibu juga tidak harus menangguhkan waktu solat kerana si ibu dijangka akan bersalin bila-bila masa. Darah yang mengiringi anak nanti dikira darah wiladah atau nifas. Nifas atau wiladah merupakan hadas besar bagi wanita. Justeru si ibu haram menunaikan solat sepanjang tempoh nifas.

Walaubagaimanapun, si ibu harus berusaha terlebih dahulu memenuhi tuntutan syarak yang asal untuk menunaikan solat. Sebagai contoh: Sekiranya Aminah mampu mengelap darah dengan tisu atau kain bersih daripada badannya di tempat dia berbaring, maka Aminah perlu lakukan itu. Jika Aminah mampu membuang alas yang kotor itu, maka Aminah juga perlu lakukannya walaupun tidak dapat mencari alas yang bersih sebagai ganti. Lebih baik Aminah solat di atas katil tanpa alas dan kotor sedikit dibandingkan bersolat di atas alas yang sememangnya digunakan untuk menadah kotoran secara langsung.

Kemudian, Aminah harus menggunakan air untuk berwuduk. Mintalah segelas atau sebotol air kecil dan basuh atau ratakan air pada anggota wuduk yang wajib yakni muka, tangan hingga ke siku, sebahagian kepala dan kaki. Basuhan atau sapuan itu dilakukan sekali sahaja yakni bilangan wajib.

Bagi menutup auratnya, memadai Aminah berselimut yang menutupi seluruh badannya hingga ke kaki dan bertudung lengkap atau meletakkan kain yang dililit menutupi rambut. Kemudian Aminah boleh bersolat dalam keadaan baring.

Contoh solat secara berbaring.
Jika boleh baring mengiring, baring mengiring di atas rusuk kanan.

Wallahua’lam.

kredit to sayang islam 

copy paste..

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~