Nuffnang Ads

Tuesday 12 April 2016

Group B Strep Disease (GBS) bahaya pada ibu hamil?!

Assalamualaikum wbt...




Definisi GBS

GBS atau Streptokokus Kumpulan B adalah salah satu daripada pelbagai jenis bakteria yang biasanya hidup di dalam badan manusia. Menurut kajian, kira-kira 1 daripada 4 wanita mempunyai GBS di dalam faraj mereka tanpa disedari. Kebanyakan wanita tidak mengetahui bahawa mereka dijangkiti GBS kerana biasanya ia tidak mendatangkan masalah atau menunjukkan simptom-simptom tertentu seperti sakit dan sebagainya.Antara simptom yang boleh dikaitkan dengan GBS pula adalah apabila seseorang wanita itu mempunyai masalah keputihan yang berlebihan terutamanya ketika hamil.Walaubagaimanapun bukan semua keputihan membawa kepada masalah GBS. Pengesahan sama ada seseorang wanita itu dijangkiti GBS hanya boleh dibuat dengan dengan menjalani ujian makmal yang memerlukan sedikit sample daripada bahagian vagina atau dubur.





Dalam kes-kes yang jarang berlaku, GBS boleh menyebabkan penyakit yang serius dan boleh menyebabkan kematian kepada bayi yang baru lahir. Walaupun kes-kes ini luar biasa, GBS merupakan punca jangkitan yang teruk kepada bayi yang baru dilahirkan, terutamanya pada minggu pertama selepas kelahiran (dikenali sebagai jangkitan permulaan awal).

Kebanyakan bayi terdedah kepada GBS sebelum atau semasa kelahiran secara normal tanpa sebarang kesan buruk. Namun, tidak jelas mengapa sesetengah bayi boleh terkena jangkitan sementara yang lain tidak. Apa yang pasti, kebanyakan jangkitan GBS terhadap bayi yang baru dilahirkan boleh dicegah.

Bagaimana untuk mengetahui bahawa saya Pembawa GBS?

Biasanya kita tidak mengetahui bahawa kita adalah pembawa GBS kerana GBS tidak menunjukkan sebarang simptom atau rasa sakit. Walaupun ujian untuk mengesan GBS boleh dilakukan, ujian ini bukanlah ujian rutin seperti pemeriksaan air kencing atau pemeriksaan darah (HB). Kebanyakan wanita hamil termasuk saya sendiri hanya mengetahui saya adalah pembawa GBS secara kebetulan apabila menjalani menjalani ujian vaginal swab untuk pemeriksaan lain.

Jangkitan GBS ini juga boleh datang dan pergi. Sebagai contoh mungkin kita didapati positif terhadap jangkitan GBS pada awal kehamilan, tetapi jnagkitan ini mungkin telah tiada lagi ketika di akhir kehamilan.

Sekiranya saya dijangkiti, apakah yang perlu saya lakukan?

Biasanya Doktor akan memberikan surat pengesahan yang menyatakan anda adalah pembawa GBS dan surat ini perlu diletakkan di dalam buku Antenantal (Buku Pink) yang dibawa ke klinik setiap kali kita membuat pemeriksaan kehamilan. Sekiranya Doktor tidak memberikan surat ini, pastikan anda memintanya daripada Doktor bagi tujuan keselamatan kerana kita sendiri tidak dapat memastikan di mana kita akan bersalin nanti. Surat ini penting kerana ibu memerlukannya bagi tujuan mendapatkan antibiotik sebelum melahirkan bayi. Sebagai contoh, saya disahkan sebagai pembawa GBS ketika menjalani pemeriksaan di Hospital S namun Hospital S tidak memberikan sebarang surat pengesahan. Oleh yang demikian saya terpaksa menjalani ujian sekali lagi di Hospital A bagi tujuan pengesahan tersebut kerana saya bercadang untuk bersalin di Hospital A.

Antibiotik biasanya tidak diberikan semasa kehamilan kerana GBS ini biasanya akan kembali menghuni Vagina selepas rawatan antibiotik habis. Walaubagaimanapun, sekiranya Dr menyarankan anda untuk makan antibiotik, adalah tidak salah untuk anda mengikuti saranan tersebut.·

Ketika tanda-tanda bersalin yang betul telah ada, segeralah ke Hospital untuk mendapatkan IV (Intravena) antibiotik yang akan dimasukkan ke dalam tubuh melalui drip. Antibiotik ini mampu menghalang jangkitan kepada bayi yang bakal dilahirkan. Sebaik-baiknya, antibiotik ini harus diambil sekurang-kurangnya 2 jam sebelum bayi dilahirkan.


Pengambilan IV Antibiotik sebelum kelahiran mampu menghalang jangkitan GBS kepada Bayi



Berikut adalah beberapa faktor yang boleh membuatkan bayi anda cenderung untuk mendapat jangkitan GBS iaitu:-

  • Bayi dilahirkan tidak cukup bulan/ lebih awal (sebelum minggu ke 37 kehamilan)
  • air ketuban pecah 18 jam atau lebih sebelum bayi dilahirkan
  • suhu badan ibu naik kepada 38 ͦC atau lebih ketika proses kelahiran;
  • pernah mempunyai bayi yang pernah dijangkiti GBS sebelum ini.
  • ibu disahkan pembawa GBS semasa hamil


Selepas Bayi Dilahirkan

Jika bayi anda berisiko untuk mendapat jangkitan GBS, sebaik sahaja dilahirkan: -


  • Bayi akan terus diperiksa oleh pakar pediatrik atau ditempatkan di NICU untuk pemantauan.
  • Jika ibu dan bayi sihat dan ibu telah mendapat IV antibiotik secara penuh, bayi juga mungkin akan diberikan antibiotik. Dalam kes saya, baby juga telah menerima rawatan antibiotik selama 5 hari. Antibiotik yang diterima ialah C-Pen (Penisilin) dan Genta (Gentamicin).
  • Jika ibu dan bayi sihat tetapi ibu tidak sempat atau tidak mengambil antibiotik,bayi biasanya akan diberikan antibiotik sehingga dipastikan beliau telah benar-benar selamat.
  • Jika bayi atau ibu menunjukkan tanda-tanda jangkitan GBS, antibiotik juga akan diberikan dengan segera.

Tidak dinafikan pemberian antibiotik boleh mendatangkan kesan sampingan kepada bayi. Oleh yang demikian, berbincanglah dengan Doktor bagi membolehkan anda menimbangkan rawatan yang terbaik untuk bayi anda. Kebiasaannya pakar kanak-kanak akan memilih rawatan yang mengutamakan keselamatan dan melindungi bayi berbanding risiko kesan sampingan yang lebih kecil.

Bersalin secara Ceaser?

Bayi yang lahir melalui kaedah ceaser (pembedahan) adalah kurang berisiko untuk menerima jangkitan GBS kerana kelahiran ini tidak melalui bahagian peranakan ibu. Walaubagaimanapun bayi masih boleh dijangkiti sekiranya air ketuban telah pecah terlebih dahulu atau sekiranya proses untuk bersalin telah pun bermula. Oleh yang demikian bersalin secara pembedahan bukanlah jaminan bahawa bayi tidak akan terkena jangkitan GBS. Saya sendiri pernah membincangkan perkara ini bersama Gynae dan beliau tidak mengggalakkan kaedah kelahiran secara pembedahan sekiranya ibu boleh bersalin nomal kerana ianya boleh mendatangkan risiko lain kecuali jika ibu memang perlu dibedah di atas sebab-sebab yang tertentu.

Bacteria


Tanda-tanda jangkitan GBS terhadap bayi.

Jangkitan GBS kepada bayi selalunya berlaku pada peringkat awal (dalam masa tujuh hari selepas dilahirkan), dengan 90 peratus berlaku dalam masa 12 jam selepas kelahiran. Dalam kebanyakan kes, gejala jangkitan GBS pada bayi boleh diketahui semasa atau sebaik sahaja kelahirannya.



Bagaimana Bayi Boleh Dijangkiti Ketika Proses Kelahiran

Tanda-tanda biasa jangkitan awal GBS kepada bayi termasuklah:


  • mendengus
  • kurang menyusu
  • kelesuan
  • cepat meragam
  • tekanan darah rendah
  • suhu badan tinggi atau rendah, kadar degupan jantung dan /atau kadar pernafasan yang luar biasa.

Dalam kes yang lebih lebih luar biasa, jangkitan GBS juga boleh berlaku apabila bayi berusia tujuh hari atau lebih (permulaan akhir GBS), biasanya sebagai meningitis dengan septisemia. Diagnosis dan rawatan awal adalah penting bagi jangkitan permulaan akhir GBS atau meningitis. Jika bayi menunjukkan tanda-tanda seperti di atas, segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Semakin meningkat umur bayi semakin kurang risiko untuk dijangkiti GBS. Jangkitan GBS terhadap bayi jarang berlaku selepas berumur sebulan dan hampir-hampir tidak diketahui selepas tiga bulan.


Jenis -Jenis Jangkitan Yang Boleh Berlaku Kepada Bayi - sebelum atau semasa kelahiran dan selepas kelahiran



Jenis Jangkitan GBS Kepada Bayi
Terdapat dua jenis jangkitan GBS kepada bayi iaitu:-

Early Onset
Jenis ini sering berlaku. Tanda-tanda bayi dijangkiti GBS early onset akan muncul dalam tempoh 6 jam hingga seminggu selepas dilahirkan. Hampir 80 peratus kes menunjukkan bahawa tanda-tanda dikesan dalam jangka masa 72 jam pertama bayi.Jangkitan jenis ini boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru, otak, saraf tunjang dan darah. GBS early onset boleh menjadi lebih serius dan memerlukan tindan perubatan yang segera.

Late Onset
GBS jenis ini pula agak jarang berlaku. Bayi lazimnya tidak menunjukan sebarang tanda jangkitan sehinggalah dia berusia seminggu hingga enam bulan. Hampir separuh daripada bayi ini mendapat jangkitan semasa proses kelahiran. Manakala, separuh lagi mendapatnya selepas dilahirkan iaitu menerusi hubungan dengan ibu yang GBS+ve atau orang lain yang mempunyai masalah sama. Masalah kesihatan yang biasa mengganggu bayi yang dijangkiti ialah meningitis.


Trend Jangkitan Early Onset & Late Onset Bagi Setiap 1000 Kelahiran

Walaupun purata bayi yang akan mendapat jangkitan Late Onset sangat rendah, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku dan tidak boleh dipandang remeh.Sekiranya bayi tidak dirawat segera selepas disahkan terkena jangkitan, ianya boleh membawa kepada kematian. Oleh yang demikian, saya juga amat berhati-hati dengan penjagaan kesihatan baby Akmal seperti tidak membawanya ke tempat-tempat awam sehinggalah beliau melepasi tempoh enam bulan ini.

Kesimpulannya

GBS ketika hamil adalah masalah yang biasa berlaku dan apa yang ibu-ibu perlukan adalah mendapatkan rawatan yang sepatutnya sebelum bersalin. Oleh yang demikian ibu-ibu perlu lebih peka tentang tanda-tanda awal apabila proses kelahiran sudah bermula bagi memastikan ibu sempat mendapatkan IV antibiotik sebelum kelahiran bayi.

Risiko bayi untuk dijangkiti GBS adalah tinggi iatu sebanyak 70% tetapi hanya 1% daripada mereka boleh mendapat jangkitan yang serius seperti dijangkitipneumonia,sepsis dan meningitis

Pengetahuan ibu tentang rawatan yang mungkin diperlukan oleh bayi seperti pemberian antibiotik sangat membantu ibu-ibu menghadapi situasi yang mungkin mencemaskan ini.

Pemahaman ibu bapa tentang jenis jangkitan Early Onset dan Late Onset akan membantu ibu bapa menjaga bayi mereka dengan lebih khusus (extra care) bagi mengelakkan bayi mendapat jangkitan yang tidak sepatutnya.

Mudah-mudahan entry ini dapat memberikan panduan dan gambaran kepada ibu-ibu yang mengalami masalah ini. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar bayi yang bakal dilahirkan sentiasa sihat dan terlindung daripada jangkitan ini.

Baca lebih lanjut untuk cara-cara menghilangkan jangkitan GBS secara semulajadi di sini.

wallahualam..

kredit to raikankasih

p/s authorize agent cuckoo 56741..Dapatkan penapis air cuckoo serendah RM60 sebulan SAHAJA!! more info click @cuckoo_ummuauliya

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~