Nuffnang Ads

Monday 1 October 2012

Teknik Penyusuan Yang Betul


1. KEDUDUKAN BADAN: 

- Pastikan anda selesa (duduk / baring).

-beberapa posisi yang kite boleh gunakan dalam penyusuan. Lihat gambar di bawah.


posisi untuk menyusu bayi




Bagi bayi kembar



-Gunakan bantal, kusyen atau bahan yang lembut untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuanan. Lihat gambar di bawah:



Bantal penyokong


2. CARA MEMEGANG BAYI:
-Pegang bayi rapat, keseluruhan badan bayi menghadap anda (perut bertemu perut)
-Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu

3. CARA MEMEGANG PAYUDARA:

-Cara yang betul adalah Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
-Cara yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting

4. PELEKAPAN PAYUDARA:

-Cara Pelekapan:
  • Sentuh puting anda ke mulut bayi. 
  • Tunggu sehingga ia membuka mulut dengan luas seperti menguap, masukkan tampok hitam (aerola) ke mulut bayi. 
  • Dagu bayi menyentuh payudara. 
  • Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara 

-cara pelekapan yang betul:
  • mulut bayi terbuka luas 
  • dagunya mencecah payudara 
  • bibir melekup keluar 
  • pipi gelembung 
  • payudara nampak penuh dan bulat 
  • terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan 
-cara pelekapan yang salah:
  • dagu bayi jauh 
  • tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi 
  • dagu tidak menyentuh payudara 
  • ibu rasa sakit 
  • payudara bolehbengkak dan puting luka 

5. CARA MENGELUARKAN PAYUDARA:

- Gunakan jari kelingking anda masuk ke dalam mulut bayi
-Keluarkan puting menggunakan jari kelingking
.
.
.
.
.
.
copy paste

No comments:

Post a Comment

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~