Nuffnang Ads

Sunday 3 April 2016

Solat bagi pesakit yg ada beg catheter/urine bag..

Assalamualaikum wbt...

Tentang beg catheter, ulama dah membincangkan hal ni. Puan masih boleh bersolat mengikut mazhab syafie. Hukum boleh solat menggunakan beg air kencing atau beg najis disandarkan kepada hukum boleh solat untuk perempuan yg istihadah dan lelaki yang kencing x lawas.
Seperti istihadah, lepas wudhu perlu lekas2 solat dan ambil wudhu baru setiap kali masuk waktu solat. 

Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatan Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam
Kategori : Perubatan
Tajuk : Hukum Pelaksanaan Ibadah Bagi Pesakit Yang Menggunakan Beg Kolostomi

i. Pesakit yang menggunakan beg kolostami dikategorikan sebagai mereka yang mengalami masalah dharurat dan tidak dianggap sebagai menanggung najis. Oleh itu, mereka tidak perlu mengosong atau membersihkan beg kolostami setiap kali berwudhu' atau menunaikan solat.
ii. Wudhu' yang diambil oleh pesakit harus digunakan untuk melaksanakan semua ibadah termasuk menunaikan solat fardhu sehingga wudhu' tersebut terbatal.

Oleh : Muzakarah Kali Ke-79, Tarikh Keputusan: 6 September 2007
Tarikh Muzakarah : 6 September 2007 hingga 8 September 2007

Aisyah r.a. menyatakan bahawa Fatimah binti Abi Hubaisy datang bertanya Nabi s.a.w.: “Wahai Rasulullah, saya seorang perempuan yang istihadhah (sentiasa keluar darah), kerana itu saya tidak suci, adakah saya boleh meninggalkan solat?” Jawab baginda: “Jangan…solatlah sekalipun darah itu menitis ke atas tikar”. Hadis riwayat Ahmad.

Wallahualam

contoh urine bag disposal..
penambahan :

Pesakit yang menggunakan urine beg atau stoma beg atau kolostomi beg jika mampu menyucikan tempat keluar najis dan menukar atau membersihkan beg najis tersebut, hendaklah berbuat demikian sekadar termampu. Kemudian sucikan diri daripada hadas kecil / besar dan tunaikan solat. Solat adalah sah dan tidak perlu diulang.

kredit to islam.gov.my

No comments:

Post a Comment

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~