Nuffnang Ads

Sunday 3 April 2016

Wajib ke Solat Semasa Bersalin?

Assalamualaikum wbt.

Minggu lepas saya ada berbincang dengan beberapa orang doktor tentang keadaan ibu bersalin di hospital kerajaan. Saya baru tahu yang ada hospital tak membenarkan ibu bergerak semasa bersalin. Kena stay kat katil je. Nak kencing pun xboleh. Apa kan lagi ke bilik air mengambil wuduk dan solat.

Saya terkejut, sedih, marah... Macam mana boleh berlaku begini sedangkan kita tinggal di negara Islam? Saya diberitahu ramai yang tak tahu kewajipan bersolat semasa bersalin.

Saya pernah share isu ni sebelum ni. Tapi nampaknya tidak sampai jauh. Masih ramai yang tidak tau. Jadi saya tuliskan sekali lagi. Saya harap yang membaca boleh kongsikan dengan rakan-rakan.

WAJIB ATAU TAK SOLAT SEMASA BERSALIN?

Jawapan ringkas nya WAJIB.

Apa situasi yang membolehkan tak solat untuk wanita bersalin?
1) Jika dia tak sedarkan diri/hilang kewarasan. Boleh jadi sebab diberi ubat tahan sakit atau anesthesia.
2) Sebaik sahaja bayi dilahirkan

Maknanya kena solat sepanjang bersalin tu? 
YA
Kalau keluar lendir, keluar darah, keluar air ketuban masih wajib?
YA wajib
Kalau air ketuban dan darah tu mengalir je masih kena solat?
YA, masih juga. :)

Macam mana nak solat?
1) Bersihkan lendir/air/darah
2) Salin pad bersih
3) Ambil wudu'
4) Terus solat, jangan bertangguh

Perlu solat berdiri ke?
Ikut kemampuan diri. Kalau larat solat berdiri, berdiri lah. 
Tidak larat berdiri boleh duduk.
Tidak larat duduk boleh baring.
Tidak larat gerakkan kepala boleh guna isyarat mata sahaja.
Islam tu kan mudah..

Di sini suami kena ambil peranan. Dosa isteri kan suami yang tanggung. Apa suami boleh buat?
+ Bantu isteri untuk ke tandas membersihkan diri
+ Bantu isteri mengambil wuduk di katil jika dia tak larat bangun. Boleh guna spray atau kain basah.
+ Jika isteri solat berdiri, pastikan anda ada di sisi memerhati.
+ Jika isteri tertinggal solat akibat kesan ubat tahan sakit contohnya, pastikan isteri qadho solat lepas habis nifas nanti.

 labor room (sekadar gambar hiasan) 


Habis tu kalau hospital tak bagi macam mana?
Di situ tak dapat saya bantu. Tuan Puan perlu lah cari penyelesaian. Wajib tetap wajib. 

Apa yang saya boleh sarankan:
1) Kumpul duit untuk bersalin di hospital yang benarkan solat
2) Survey hospital nak bersalin tu. Tanya kawan-kawan yang pernah bersalin di situ samada boleh solat atau tak. Kalau tak boleh, tukar lah hospital.
3) Doa dapat bersalin waktu bukan waktu solat seperti lepas subuh atau lepas Isya'.
4) Sebarkan isu ni kepada lebih ramai orang. Moga sampai kepada pihak berwajib. Semoga lebih banyak hospital yang mesra ibadah.

Wallahualam.

kredit to: 
Ili Fatin Ruslan
Cikgu HypnoBirthing
Famili Fitrah

No comments:

Post a Comment

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~