Nuffnang Ads

Thursday 15 May 2014

Hadis palsu

Salam alaik

Masa kini, informasi mudah diserbakan di alam sosial media dengan adanya fungsi "retweet", "share" Dan sebagainya. Oleh kerana itu, hadis palsu juga kadang kala disebarkan oleh ramai orang sampai masyarakat sosial media menganggap hadis tu sahih! Nauzubillah. 

Maka dengan harapan post ini dapat mengajar semua tentang hadis palsu yang popular di sosial media.

Hadis #1

"Dengar lah nasihat waluapun dari seorang pelacur."

Hadis ini jelas palsu kerana tidak ada perawinya. Laku tidak tahu diriwayat kan siapa? Bukhari ke? Tirmizi ke? Juga, hadis ini tidak dijumpa di dalam mana-mana kitab hadis. 

Hadis #2

Perbualan Rasulullah SAW dengan iblis LA.

Rasulullah: “Jika mereka membaca Al Qur’an?’

Iblis: “Aku meleleh seperti timah di atas api.”

Hadis ini sebenarnya sangat panjang. Ia menceritakan tentang iblis diperintahkan Allah untuk bertemu dengan Rasulullah kerana Rasulullah SAW ingin bertanya beberapa soalan.

Salah satu soalan yang ditanya Rasulullah SAW di dalam hadis palsu ini adalah "siapakah Teman mu?" 

Hadis ini dihukum palsu. Seperti kata Ibn Taymiyya 

“Ini hadits dusta. tidak terdapat di dalam kitab-kitab muslimin yang dipercaya baik kitab shahih, sunan ataupun musnad. siapa saja yang tahu bahwa ini adalah dusta atas nama nabi maka tidak boleh meriwayatkannya…” (Majmu’ al-Fatawa 18/350) .

Boleh lihat hadis sepenuhnya di sini 
http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=467:hadits-palsu-dialog-rasulullah-dengan-iblis&catid=27:fadhilat-amal&Itemid=62

Hadis #3

"Jangan kamu berkata ketika azan, kerana pada saat sakaratul maut datang, Allah akan kelu lidahmu untuk mengucap "la ila ha illallah" "

Hadis ini juga tidak diketahui perawinya. Bukan itu sahaja, tetapi hadis ini jelas palsu kerana berkata ketika azan adalah harus atau makruh menurut ulama'. Sahabat Nabi juga pernah bercakap ketika azan.

Hadis #4

"Jangan kamu baring ketika azan, kerana jenezah mu akan menjadi berat."

Hadis ini tidak ketahui sanadnya.
Ia dihukum palsu.

Hadis #5

Setitik air mata prempuan jatuh kerana lelaki. Lelaki itu akn disebat 100kali diakhirat kelak 

Hadis ini memang tidak ada perawinya. Maka dihukumkan palsu. 

Hadis #6

Persisilahan pendapat dalam umat adalah  satu rahmat"

Hadis ini tidak dijumpa di dalam kitab2 hadis. Menurut imam As Sayuti bahawa hadis ini munkin di dalam kitab lama dan kitab itu tidak sampai ke Mereka. Oleh kerana tidak diketahui sanadnya, maka ia tidak boleh dikatakan sahih. Ada para muhadis yang menghukumkan hadis ini maudhu', ada juga yang tidak berani untuk dikatakan maudhu'.

Walau bagaimana pun, ulama' berkata bahawa makna hadis itu dapat kita terima kerana khilafiyyah (persisilahan pendapat) memang satu rahmat. Kerana  ia memudahkan umat. Contoh,bsentuh ajnabi menurut mazhab Syafi'i boleh batal wudu' tetapi jika menurut mazhab Hanafi tidak. Ini memudahkan umat apabila hendak menunaikan haji. Cuma kita tidak boleh mengatakan hadis ini dari Rasulullah SAW.

Hadis #7

 Nabi Muhammad s.a.w bersabda : “Barang siapa yang mengingatkan kedatangan bulan (sya'ban) ini, haram api neraka baginya.” 

Hadis ini palsu. 

Hadis #9

Hadis tentang fadhilat solat terawih. Contoh:

Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Hadis ini menceritakan dari malam pertama hingga 30 tentang fadhilatnya. Hadis ini dihukum palsu sebab tidak diketahui perawinya.

Boleh lihat hadis sepenuhnya di 
http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=403:kelebihan-solat-tarawih&catid=27:fadhilat-amal&Itemid=6

Hadis #10

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadith ini TIDAK SAHIH ia adalah satu PENDUSTAAN, ia juga bukan dari hadith al-Bukhari mahupun Muslim. Sebaliknya hadith ini disebarkan oleh beberapa kitab Syiah 

Hadis #11

DUA RAKAAT YANG DILAKUKAN OLEH ORANG YANG SUDAH BERKAHWIN ITU LEBIH BAIK DARIPADA ORANG YANG BELUM KAHWIN

Ibnu Hajar Al-Asqalaani mengatakan , "Riwayat ini 'Mungkar' iatu dusta.

Hadis #12

Dikisahkan bahawa Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril tentang api neraka, berkata 

Rasulullah : Wahai Jibril! Beritahu kepada ku tentang api neraka.

Jibril : Ya, Muhammad, sebenarnya api neraka itu berwarna hitam pekat, andaikata kalau api itu jatuh ke atas bumi ini walaupun sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah bumi ini. Dan tentang baju neraka pula, kalau baju neraka itu digantungkan antara langit dengan bumi nescaya akan mati semua penduduk bumi disebabkan bau busuk yang paling dasyat.

Hadis palsu. Hadis ini sangat panjang. Boleh rujuk ke Al-Haythami" (10/387), Dan "Al-Da'eefa" (910)

Boleh lihat hadis sepenuhnya disini

http://kisah69.blogspot.sg/2011/03/rasulullah-bertanya-kepada-malaikat.html?m=1

Hadis #13

"Barang siapa jatuh cinta lalu menyembunyikan cintanya, menahan diri, bersabar lalu dia meninggal dunia maka dia mati syahid"

Hadis ini palsu. (Ibn Qayyim Tib Al Nabawi)

Hadis #14

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di
muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah
seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail:
‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk
mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”

Palsu. (Tazkiratul I Mawdhuat)

Hadis #15

"Seorang sultan (yakni pemerintah) adalah bayangan Allah di atas muka bumi.."

Hadis ini palsu. Rujuk "Tazkirat Al-Mawdoo'at" oleh Al-Fatni (182), "Al-Fawaid Al-Majmoo'a" oleh Al- Shawkani (623), Dan "Al-Da'eefa" (475)

Hadis #16

"Tidur selepas subuh menghalang rezeki"

Hadis palsu 

Hadis #17

"Kahwin dan jangan kamu cerai kerana cerai itu menggegar arash Allah."

Hadis palsu. "Tarteeb Al-Mawdoo'at" (694), "Al-Mawdoo'at" oleh Al-Sagh'ani (97), dan "Tanzeeh Al-Sharee'a" (2/202)

Hadis #18

“Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa sakit hendak bersalin, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.”

Hadis ni palsu menurut ulama' seperti imam as sayuti

Tapi, Kepalsuan hadis ini tidak bermakna ibu yang mengandung dan melahirkan tidak mendapat ganjaran pahala dari Allah. Bukankah keumuman hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam menyebut : “Tidaklah seorang mukmin itu ditimpa kepenatan, kesakitan, perkara yang tidak disukainya, kesedihan, bahaya (yang disebabkan oleh orang lain) dan kerisauan, hatta duri yang mencucuknya kecuali Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Hadis #19

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifatpenyayang yanglebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

Al Iraqi menyebutkan hadis ni tidak ada asas.

Hadis #20

1. Jangan makan SUSU + DAGING
2. Jangan makan DAGING + IKAN
3. Jangan makan IKAN + SUSU
4. Jangan makan AYAM + SUSU
5. Jangan makan IKAN + TELUR
Hadis ini yang sangat popular juga adalah hadis palsu. Tidak Ada dalil yang menunjukkan ia adalah Sunnah Rasulullah SAW. Malah, ada yang mengatakan ini dari kitab yahudi.

Hadis #21

"Barang siapa yang belajar bersendirian, maka dia berguru dengan syaitan."

Hadis ini palsu. Munkin, ini cuma kata2 dari ulama'. Juga, kita boleh mengambil makna dari ayat ini. Sebab belajar tanpa guru memang boleh datangkan kesesatan. Kerana, menyalah tafsir apa yang dia baca. Walau bagaimana pun, ayat ini memang tidak boleh dikatakan Oleh Rasulullah SAW.

Hadis #22

“Rejab adalah bulan Allah , Sya’ban bulanku dan Ramdahan bulan umatku.

Kata Ibnu – Jauzi :Hadith ini adalah Maudhu’ Al-Kasa-i yang terdapat dalam sanadnya tidak dikenal orangnya . Manakala An-Naqqassi iaitu Abu Bakar bin Muhammad bin Al- Hasan An- Naqqassi dituduh berbohong

Hadis #23

Hadis ini juga palsu kerana tidak ada sanadnya ke Rasulullah. Tidak dijumpa di dalam mana-mana kitab hadis. 

Hadis #24

"Menyimpan sebatang jari kuku yang panjang sama dosanya seperti memelihara sekandang khinzir."

Hadis palsu. Tidak ada asas

Wallahualam bisawab
boleh tgk di blog teamtazkirah.blogspot.com

Sumber : majlis ilmu muslimat

No comments:

Post a Comment

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~