Apa itu duktus tersumbat?
Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan
bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang
kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan
“duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat
tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus
tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal.
Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku
dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya
benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah.
Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung
puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di
atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda
menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan
jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu
apabila kulit anda lebih lembut.
Apa punca duktus tersumbat?
"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus)
selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif
oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan
betul, susu akan terus “mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat
daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang
akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.
Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya
bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan,
selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini
adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin
asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya.
Apa yang boleh saya lakukan mengenainya?
Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda
menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada
anda dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah menunjukkan bagaimana
ini dilakukan.
Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat
menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis
sebenar.
Jika boleh, hubungilah pakar runding penyusuan dengan segera. Beliau
dapat memastikan cara pelekapan bayi yang betul dan membantu bayi anda
menyusu dengan efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus
melalui buah dada anda. Berbincang dengan pakar pediatrik, pakar
obstetrik atau doktor keluarga anda yang boleh mencadangkan seorang
pakar runding.
Buat masa ini, ingatlah bahawa:
• Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan.
Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara
penyusuan.
• Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
• Mengambil tab. paracetamol (panadol) boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.
• Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
• Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
• Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.
Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika
anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah
doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan
antibiotik jika anda mendapat jangkitan.
Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?
Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih
perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi
"cerewet" apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak
akan menjejaskan bayi anda.
Bolehkah saya terus menyusu?
Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan
buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan
daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai
suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas
mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan
doktor anda.
copy paste
No comments:
Post a Comment