Nuffnang Ads

Wednesday 10 September 2014

Sujud Sahwi

CARA-CARA MELAKUKAN SUJUD SAHWI


1.       BERNIAT
Orang yang hendak melakukan sujud sahwi perlulah berniat melakukannya.

2.       DI HUJUNG SOLAT
Ia hendaklah dilakukan di hujung solat sebelum salam.

3.       TEMPOH SELEPAS SOLAT
Jika terlupa sujud sebelum salam, bolehlah sujud selepas memberi salam dengan syarat tidak terlalu lama, jika tidak luputlah sunat melakukan sujud sahwi.

Tetapi  jika dia baru teringat untuk melakukan  sujud sahwi selepas memberi salam  dalam jangka masa yang singkat, dia masih boleh melakukannya.Dia hendaklah  kembali sujud, duduk, sujud semula dan serta memberi salam sekali lagi.

4.      ANGGARAN TEMPOH
Anggaran tempoh yang dikira  lama selepas salam ialah sekadar boleh mendirikan solat sunat dua rakaat yang ringan.

5.       BILANGAN SUJUD
Sujud sahwi dilakukan sebanyak dua kali sujud dan pada kedua-dua sujud tersebut hendaklah dibaca tasbih berikut :



سُبْحَانَ مَن لاَيَنَامُ وَلايَسْهُو

Maksudnya: “Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.”

No comments:

Post a Comment

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~