Nuffnang Ads

Wednesday 10 September 2014

usrah - tahajjud

❤ Bismillahirahmanirahim..
In shaa Allah tajuk pada malam ni " Membangunkan Umat Untuk Solat Sunat Tahajjud " 
Sara kongsikan dengan sahabat semua dpd buku yg sara baca yg bertajuk " Mahar Bidadari Daripada Tahajjudnya " in shaa Allah, semoga perkongsian ini akan sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kpd kita semua in shaa Allah :)
Mulakan dengan Al Fatihah dan salawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w ❤
Seringkali kita berjanji di alam hati kita utk bangun melakukan solat sunat tahajjud yg kita sering di ingatkan sebagai amalan ibadah yg mulia. Tetapi selalu je, ada alasan yg mnyebabkan kita alpa sampaikan kita meninggalkan amalam solat sunag tahajjud ini.

Alasan2 itu kadang kala boleh diterima akal, tetapi boleh jadi juga alasan alasan trserbut hanya dtg dari dalam hati kita yg bersifat malas utk melaksanakan nya...
jom kita hayati kisah2 sirah para nabi. Sesungguhnya jika kita hayati dan teliti sejarah Islam pada masa lampau, pasti dapat kita ketahui bahawa perjuangan utk menegakkan khalimah tauhid ini bermula daripada usaha gelintir manusia yg mempunyai sosial yg rendah dalam kalangan masyarakat .

Rasulullah sentiasa membangunkan para  sahabat baginda yg ketika itu sangat sedikit jumlahnya utk mengajak mereka bangun melaksanakan solat sunat tahajjud di keheningan malam .

Kebiasaanya baginda akan mengetuk pintu rumah para sahabatnya dan bertanya kpd mereka adakah mereka sudah melaksanakan solat sunat tahajjud di rumah mereka pada malam tersebut.

Kita ingin membangunkan umat islam dpd urusan yg besar, tetapi kita seakan lupa kepentingan membangunkan umat islam dpd tidur yg sebenar hnya utk beberapa minit utk melaksanakan aolat sunat tahajjud, sbg ibadah sunat yg dpt mendekatkan diri setiap individu Muslim kpd penciptanya yg agung.

Sebenarnya tiada alasan utk kita tidak dapat mengerjakan solat sunat tahajjud setiap malam. Sepatutnya, dengan arus pemodenan yg telah dan sesang kita kecapi, berserta lambakan telefon bimbit dan jam loceng yg canggih telah dicipta abgai kemudahan kita pada era serba modern ini, seharusnya kita tidak mencari alasan utk tidak menggunkannya utk bangun di malam hari mengerjakannya.
ada beberapa soalan yg harus kita tanyakan pada diri kita dan muhasabah kembali spya kita dpt menjadi hamba Allah yg sentiasa berterusan melaksanakan solat sunat tahajjud dan terbaik di mata Allah dan dikasihi oleh Nya .
1: adakah kita telah meluangkan sedikit waktu utk melakukan solat tahajjud?
2: adakah kita benar benar menikmati solat tahajjud ?
3: adakah kita selalu mencari peluang peluang utk melakukan solat tahajjud?
Dpd soalan2 tu, hayati dan insafilah dan pilih 1 sahaja soalan yg dpt memginsafkan kita dpd kelalaian selama ini. Jangan nanti di akhirat kelak, kita berasa menyeasal atas kelalaian sendiri.
Kesayangan semua, sesungguhnya, hanya segelintir sahaja yg dpt melaksanakan amalam ini secara berterusan dan penuh keikhlasan sepajang kehidupannya.
Al Baihaqi meriwayatkan dpd nabi bahawa baginda bersabda " pada hari kiamat nanti, umat manusia akan dihimpun di suatu tanah lapang, lalu ada malaikat yg memanggil dengan mengatakan ' di manakah orang2 yg dahulunya rusuk mereka jauh dari tempat tidur? ' ( solat tahajjud) mereka pun berdiri, sedangkan jumlah mereka sedikit.
Mereka masuk ke dalam syurga tanpa dihisab. Sesudah itu seluruh golongan manusia yg lainya dperintah agar dihisab " ( HR, al-baihaqi: 2974)
Semoga kita termasuk dalam golongan yg sedikit dan ikhlas itu :') 
In shaa Allah ❤
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~