Credit to kak Nadiah.
Ibu sangat suka dengan entry beliau ini. Semoga ianya dapat dimanfaatkan oleh mereka yang baru dalam bidang ini.
Soalan 1:
Berapa lama susu saya boleh bertahan:-
a) Suhu Bilik
b) Peti Ais (Satu Pintu)
c) Peti Ais Bawah ( 2 Pintu)
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu)
e) Deep Freezer
Jawapan :
Lama mana bertahannya susu ibu bergantung kepada suhu peti ais, cuaca di
Malaysia dan juga kekerapan kita membuka tutup peti ais...banyak
pendapat mengenai soal berapa lama susu boleh bertahan ini, jadi jawapan
ummi ini telah ummi sesuaikan dengan suhu di Malaysia dan juga base pd
kekerapan kita membuka tutup pintu ais dan juga pengalaman ummi sendiri
(setelah dibuat experiment n error berkali2)...so inilah jawapan ummi
yang ummi rasakan paling sesuai :-
a) suhu bilik - bertahan selama 4 jam atau paling lama 5 jam sahaja (ummi dah buat experimen pun sbb ummi expressing pumping...
b) Peti Ais (1 pintu) - bertahan paling lama adalah 2 minggu
sahaja...kerana suhu bg peti ais satu pintu tidak sama dengan yg 2
pintu..Ini kerana peti ais 2 pintu jika di buka pintu bwh, susu di bhg
atas tidak berubah sedangkan peti ais satu pintu merangkumi kedua2 bhg
sekaligus...
c) Peti Ais Bawah (2 Pintu)- bertahan paling lama 72 jam tetapi ummi lebih suka amalkan 48 jam sahaja.
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu) - bertahan paling lama 3-6 bulan (bergantung
kepada kekerapan membuka pintunya...semakin kerap semakin kurang jangka
hayatnya..ummi ambil 3 bulan sahaja...
e) Deep Freezer - bertahan paling lama 6-12 bulan
(lamakan...subhanallah)...juga bergantung kepada kekerapan pintunya di
buka...* setiap kali peti ais dibuka suhu akan berubah..
Dan just tambahan, susu dari freezer yang telah di cairkan
(thawed)...hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam dari ianya cair
sepenuhnya...dan apa yg ummi paparkan di atas hanyalah sebagai panduan
sahaja...apapun sekiranya susu kalian masih tidak berbau dan tidak
berubah rasa(kita lbh tau dah basi ke belum)...so, walaupun sudah
terlebih tarikh ianya masih selamat digunakan, insya allah...Dan harus
juga ummi ingatkan bahawa susu yg di simpan di bahagian dalam peti ais
lbh better dr yang di simpan di tepi pintu peti ais...
Soalan Kedua :-
Berapa lama susu yang telah di panaskan boleh di gunakan?
Jawapan :-
Ummi lebih suka bahagikan kepada 2 keadaan :
a) Susu fresh (susu yg di sejukkan di bahagian bawah) - (selepas di
panaskan) jika baby dah minum, bertahan selama 1-2 jam dan jika baby tak
minum lagi, bertahan 3-4 jam..
b) Susu beku (Thawed) - (selepas di panaskan) - bertahan sejam sahaja dan sekiranya tidak habis perlu dibuang...
Susu yang telah diminum baby tidak boleh di gunakan semula kerana air
liur/siliva baby juga ada bacteria dan enzyme...dan mengapa susu beku
bertahan sekejap berbanding susu fresh...kerana proses pembekuan tuh
sebenarnyer mengubah/memusnahkan beberapa komponen dlm susu...
Soalan ketiga:-
Bagaimana cara terbaik untuk panaskan susu ibu?
Jawapan :-
Sebenarnya the best way adalah dengan merendam botol susu ke dalam air
suam selama 2 atau 3 kali sehingga suhunya menyamai suhu badan..dan
sekiranya ingin memudahkan kerja boleh juga di panaskan menggunakan
warmer...dan harus ummi ingatkan JANGAN panaskan susu dengan merebus
susu dengan air yg menggelegak,menggunakan microwave dan melebihi suhu
70 degree celcius...ini akan merosakkan khasiat yang terdapat dalam susu
tersebut...
Soalan ke empat :
Boleh kah saya mencampur2kan susu jam 2 ptg dengan 6 ptg??
Jawapan :-
Sebenarnya ummi tidak berapa advise untuk susu di campur2kan...tetapi
sbg panduan kerana kuantiti pengepaman adakalanya tidak sama...kdg2
sedikit2 dan adakalanya banyak...so, jawapan ummi ialah
BOLEH...syaratnya susu2 yg di campurkan itu hendaklah dalam tempoh 24
jam sahaja (maksudnya masa perahan tarikh yg sama-24jam)..dan syarat
kedua susu yg baru di perah hendaklah di sejukkan terlebih dahulu dalam
bekas lain sekitar 2-3 jam...apabila suhu kedua2 susu yg ingin di
campurkan tersebut telah sama...baru lah boleh di campurkan kedua2nya...
Soalan kelima :-
Bolehkah susu yg saya baru perah, kemudian saya berikan anak saya
minum...tetapi tidak habis...bolehkah saya simpan bakinya di dalam peti
ais dan saya panaskan semula untuk di gunakan???
Jawapan :-
Actually ummi tidak begitu menggalakkannya tetapi base pd experience
ummi sendiri..BOLEH...syaratnya begini...(untuk mudahkan kefahaman ummi
bg contoh ye)..kita pam dapat sekitar 4 oz...asingkan 2 oz untuk anak
minum dan 2 oz standy(kalau tak cukup)...so, susu yg belum di minum ini
masih boleh di sejukkan dan di panaskan semula untuk di gunakan...dan bg
yg telah di minum..ummi tak galakkan...sbb campuran air liur baby turut
mengandungi bakteria dan enzyme...so, kita lbh tau banyak mana anak
kita perlukan...asingkan siap2 ok...
Salam sayang dari ibu
No comments:
Post a Comment