Nuffnang Ads

Saturday 19 March 2016

KISAH SYEIKH DENGAN BURUNG KAKAK TUA

قصہ رائعہ جدآ
Kisah yang sangat mengesankan

أحببت أهديها لمن أحب
Aku ingin hadiahkannya kepada orang yang kucintai

كان هناك شيخ يعلم تلاميذه العقيدة
Ada seorang Syeikh yg mengajarkan Aqidah kepada murid2nya

يعلمهم لا إله إلا اللـه يشرحها لهم
Beliau mengajarkan "La ilaaha illallah" dan menjelaskan maknanya kpd mereka

يربيهم عليها أسوة بما كان يفعل رسول الله صلى الله عليه وسلم
Beliau mendidik murid2nya dengan agar mencontohi keteladanan Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam-

عندما كان يعلم أصحابه العقيدة ويغرسها في نفوسهم
Ketika mengajarkan aqidah beliau berusaha menanamkanya ke dalam jiwa murid2nya

وكان الشيخ يحب تربية الطيور والقطط
Sang guru itu suka memelihara burung & kucing

فأهداه أحد تلاميذه ببغاء
Lalu seorang muridnya pun menghadiahkan padanya seekor burung kakak tua

ومع الأيام أحب الشيخ الببغاء
Semakin hari Sang Guru pun makin suka dgn burung itu

وكان يأخذه معه في دروسه
Malah sering membawanya pada saat beliau mengajar

حتى تعلم الببغاء نطق كلمة لا إله إلا الله
Sehingga burung kakak tua itu pun belajar mengucapkan kalimah tauhid "Laa ilaha illallah"

فكان ينطقها ليلا ونهارا…
Lalu burung kakak tua itu pun mampu mengucapkannya (kalimah laa ilaaha illallah) siang dan malam

وفي مرة وجد التلاميذ شيخهم يبكي
Pada suatu ketika murid2 beliau mendapati syeikh mereka sedang menangis 

وينتحب وعندما سألوه 
Ketika beliau ditanya beliau pun menjelaskan sambil teresak-esak 

قال لهم هجم القط على الببغاء وقتله
Beliau berkata kpd murid2nya, kucing telah menerkam burung kakak tua dan membunuhnya

? فقالوا له لهذا تبكي 
Lalu murid2 itu pun berkata kpd Gurunya : kerana inikah Tuan Guru menangis?

إن شئت أحضرنا لك غيره وأفضل منہ ..
Sekiranya Tuan Guru menginginkan, kami akan datangkan burung yg lain bahkan yg jauh lebih baik drpdnya

رد الشيخ وقال لا أبكي لهذا …
Sang Guru menjawab dan berkata: bukan kerana itu aku menangis

ولكن أبكاني أنه عندما هاجم القط الببغاء
Tetapi... Yang membuat aku menangis adalah: ketika burung itu diterkam kucing

أخذ يصرخ ويصرخ إلي أن مات
Burung itu hanya menjerit2 saja sehinggalah saat dia mati

مع أنه كان يكثر من قول لا إله إلا الله
Padahal dulu burung itu selalu mengucapkan kalimah "laa ilaaha illallah"

إلا أنه عندما هاجمه القط نسيها
Tetapi ketika diterkam kucing, burung itu lupa kalimah tersebut

ولم يقم إلا بالصراخ 
Tidak mengucapkan apapun kecuali hanya menjerit dan merintih

لأنه كان يقولها بلسانه فقط
Kerana sewaktu hayatnya ia hanya mengucapkan "laa ilaaha illallah" dengan lisannya saja

ولم يعلمها قلبه ولم يشعر بها 
Sementara hatinya tidak memahami dan tidak menghayatinya

ثم قال الشيخ :
Kemudian Sang Guru pun berkata

أخاف أن نكون مثل هذا الببغاء
Aku takut kalau nanti kita juga seperti burung kakak tua itu

نعيش حياتنا نردد لا إله إلا الله بألسنتنا
Saat kita hidup mengulang-ulang kalimah "laa ilaaha illallah" dengan lisan kita

وعندما يحضرنا الموت ننساها ولا نتذكرها
Dan ketika datang kematian, kita pun lupa kalimah tersebut dan tidak mampu mengingatnya

لأن قلوبنا لم تعرفها
kerana hati kita belum menghayatinya

فأخذ الطلبة يبكون؛ خوفا من عدم الصدق في لا إله إلا اللـه
Kemudian para murid2 itu pun menangis, takutkan tidak jujur terhadap kalimah tauhid (laa ilaha illallah) ini

ونحن.... هل تعلمنا لا إله إلا الله بقلوبنا?
Dan kita sendiri... adakah kita telah menanamkan kalimah "laa ilaaha illallah" ini ke dalam hati sanubari kita?

ما ارتفع شيء إلى السماء أعظم من الإخلاص 
Tidak ada sesuatu pun yg naik ke langit yang lebih agung berbanding keikhlasan

و لا نزل شيء إلى الأرض أعظم من التوفيق
Dan tidak ada sesuatu pun yg turun ke bumi yg lebih agung dari taufiq Allah

..و بقدرالإخلاص يكون التوفيق
Dan taufiq Allah itu sesuai dgn kadar keikhlasan kita.. 

Semoga Allah mematikan kita dgn keteguhan iman dan kalimah tauhid. Husnul khatimah . Ameen


No comments:

Post a Comment

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~