Nuffnang Ads

Tuesday 22 March 2016

Chia Seeds

Chia Seeds. Rupa macam biji selasih tapi bukan. Biji selasih ialah Basil Seed. Biji selasih kembang lebih besar bila letak dalam air.

Cuaca panas ni minum sirap selasih kan best!




Chia Seed ni diklasifikasikan sebagai Super Food. Asal dari Amerika Selatan. Banyak di Mexico dan Bolivia. Chia bukan perkataan cina. Ia ayat mayan atau aztec dari Amerika Selatan.

Antara kandungan Chia Seed ialah antioksidan, proteins, Omega 3, vitamin, fiber dan mineral. 

Saya minum air bersama Chia Seed sejak awal tahun ini selepas Kickstart Agency kami. Kami jemput Health Expert, dia rekemen Chia Seed.



Antara kelebihan Chia Seed

1. Tingkatkan tenaga

Ia boleh ganti kan energy drinks. Minum air masak bersama Chia Seed yang direndam 15 minit. Boleh minum sepanjang hari atau sebelum dan selepas work out.

2. Baik untuk pesakit kencing manis

Kajian perubatan menunjukkan Chia Seed boleh kurangkan resistant badan terhadap insulin. Ia juga melambatkan proses karbohidrat ditukar kepada gula.

3.  Kuatkan tulang

Dah berumur ni kena jaga kesihatan tulang dan gigi. Chia Seed ada lebih kalsium berbanding susu.

4. Kurangkan Risiko Sakit Jantung

Ia ada Omega 3 fatty acids. Terbukti boleh kurangkan kolestrol dalam badan.

5. Menolong Kurangkan Berat Badan

Ia ada fiber yang membantu sistem penghadaman.

6. Tinggi Protein

Chia Seed ada protein yang tinggi. Diet tinggi protein bagus untuk kesihatan.

7. Antioksida

Antioksida membaiki sel yang rosak dalam badan, kurangkan penuaan dan kurangkan risiko kanser.

Chia Seeds senang disediakan. Cuma campur dengan air, yogurt atau boleh makan dengan bubur juga nasi.

Semakin ramai online dan offline seller Chia Seed ni. Harga agak mahal sampai rm40 satu pek kecil.

Jenguklah pasaraya berhampiran. Ada dijual disana dengan harga sekitar rm15 sahaja. Ini yang organik. 

Dari awal tahun minum air dengan Chia Seeds. Alhamdulillah badan rasa lebih bertenaga dan tahan cuaca panas ketika ini dan dalam jangka panjang InsyaAllah dapat kebaikan yang lain.

Cara ambil Chia Seed biasanya ada ditulis di pek atau botol. Biasa dua sudu kecil bagi segelas air.

Kawan saya hardcore runner dan hiker juga amalkan Chia Seed dan akui memang bagus untuk stamina dan tenaga. 

Share jika bermanfaat.

copy dr fb azemiali

No comments:

Post a Comment

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~