Nuffnang Ads

Tuesday 22 March 2016

Sunat makmum masbuq mengulang qunut subuh

Sunat makmum masbuq mengulang qunut subuh, kerana permulaan solatnya dikira daripada permulaan takbir bagi makmum.



Kata al Imam al Syirazi dalam Muhazzab : 

Sekiranya makmum masbuq mendapat raka'at yang terakhir bersama dengan imam, maka disitulah permulaan bagi solat makmum tersebut. Berdasarkan riwayat Saidina Ali RA, "apa yang engkau dapatkan daripada solatmu, maka itulah permulaan solatmu". Daripada ibn Umar " makmum mengucapkan takbir tatkala imam memberi salam. Maka, makmum bangun utk menyempurnakan baki solatnya. Jika dalam solat itu terdapatnya doa qunut, maka makmum membaca qunut bersama imamnya, kemudian makmum mengulanginya seorang diri pada akhir solatnya. Kerana apa yang dilakukan bersama imam adalah sunat mutaba'ah, maka apabila sampai ditempatnya hendaklah diulang semula.

Kitab al Majmu' Syarh al Muhazzab: jld 4 : hlm 84

Ustaz Dr. Muhammad Yusry Bin Mazlan
Pegawai Bahagian Runding Cara Akidah
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

copy paste

No comments:

Post a Comment

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~