Nuffnang Ads

Thursday 21 April 2016

Bagaimana proses kelahiran bermula!

Assalamualaikum..

Peringkat-peringkat kelahiran

Apabila telah sampai waktu melahirkan, ibu-ibu akan melalui 3 peringkat kelahiran. Bagi membantu menghadapi saat-saat ini, anda boleh:

• bangun dan berjalan-jalan
• minum air atau minuman isotonik untuk mengekalkan tenaga
• makan snek ringan
• minta teman melahirkan menggosok belakang anda bagi mengurangkan kesakitan



Peringkat 1: Servik mula terbuka

Kontraksi membantu melembutkan dan menipiskan servik serta membukanya. Banyakkan berehat dengan tidur atau berendam dalam air panas. Berdiri dan aktif secara perlahan juga membantu bayi untuk turun ke bawah dan servik untuk terbuka. Apabila bukaan melebihi 3cm, kelahiran akan bermula. Bagi kelahiran pertama, masa yang diambil daripada permulaan kelahiran kepada bukaan penuh adalah 6 hingga 12 jam. Anda akan diminta untuk meneran sehingga servik terbuka sepenuhnya dan kepala bayi dapat dilihat. Cuba untuk meghembus nafas perlahan-lahan dan dengan lembut. Jika keinginan untuk meneran terlalu kuat, lakukan dengan hembusan pendek.

Jika proses kelahiran dirasakan lama, ia mungkin dipercepatkan dengan memecahkan air ketuban atau memasukkan air yang mengandungi syntocinon dalam darah bagi menggalakkan kontraksi.


Peringkat 2: Bayi turun dan dilahirkan

Peringkat ini bermula dengan servik yang terbuka penuh sehingga bayi dilahirkan. Anda boleh memilih posisi yang dirasakan selesa bagi membantu kelahiran seperti berbaring, berdiri, duduk, melutut atau mencangkung. Jika merasa penat, berbaringlah di sisi. Jika mengalami sakit belakang, melututlah dengan kaki dan tangan.

Apabila servik telah terbuka sepenuhnya, anda akan merasa perlu untuk meneran. Apabila kepala bayi telah kelihatan dan mula keluar, anda akan diminta untuk berhenti meneran dan menarik nafas beberapa kali bagi membolehkan kepala bayi keluar dengan perlahan. Ini memberi masa untuk kulit dan otot perineum meregang tanpa koyakan. Kadangkala bagi mengelakkan koyakan dan mempercepat proses kelahiran, bahagian tersebut akan dibius dan guntingan episiotomi dilakukan.

Peringkat 3: Plasenta merenggang dan keluar melalui faraj

Selepas kelahiran bayi, kontraksi seterusnya akan membantu untuk mengeluarkan plasenta. Anda juga akan ditawarkan suntikan syntocinon untuk menggalakkan kontraksi dan membantu mengeluarkan plasenta.

kredit to my.theasianparent

No comments:

Post a Comment

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~