Nuffnang Ads

Thursday 21 April 2016

Mandi wiladah...

-= [MANDI WILADAH] =-

Disebabkan ramai dah orang duk tanya soalan yang sama saje, so, saya explain secara basic satu kali. Semua kekecohan dan kepeningan yang viral itu terjadi akibat kekeliruan seseorang-dua yang mungkin kurang faham ilmu bab ni atau dia terkeliru dari apa yang dia belajar atau dia belajar dari guru yang jenis tegas/ketat sangat melampau-lampau.
Atau, dia jenis suka belajar hanya dari membaca saje, orang macam ni memang aku bengang. Rasa nak lempang jer.

== APA ITU WILADAH? ==

Wiladah ni maksudnya beranak. Termasuklah jugak keguguran. Walau yang keluar tu seketul darah beku, atau janin tak cukup sifat, atau apa jua bentuk. Tak kira keluarnya bayi itu mengikut faraj, mahupun dibedah kaedah Caeser (ntah betul ke tak aku eja ni), asalkan bayi itu berpindah KE-LU-AR daripada rahim, maka wanita itu dikira beranak.



== WAJIB KE MANDI? ==

1. Dalam mazhab Syafi'ie, Maliki, dan Hanbali, wanita yang melahirkan anak (termasuk keluarnya janin akibat keguguran), maka dia DIWAJIBKAN mandi wiladah. Bila? Wajib mandi dengan segera JIKA TIADA DARAH NIFAS YANG KELUAR. Dalam mazhab Hanafi sahaja tidak diwajibkan mandi wiladah ni.

2. Aik? Kenapa kena mandi wajib disebabkan beranak? Darah tak keluar pon? 
- Sebab ulama-ulama mazhab tersebut meng-qiyas-kan bayi atau janin yang keluar itu sama dengan air mani, kerana bayi itu berasal dari dua air mani (air mani lelaki dan air mani wanita - ikut hukum fiqh). Jadi, bila keluar mani, wajiblah seseorang itu mandi. So, bila dah beranak, which ulama qiyaskan dengan keluarnya mani, maka wajiblah mandi.

3. Dalam kitab Fiqh Manhaji (jld 1 halaman 82, ini adalah kitab Fiqh mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan;

“Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah (sebagaimana yang biasa berlaku), maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas”

== KALAU KELUAR DARAH LEPAS BERANAK CAMNE ==

"Habis? Kalau keluar darah nifas lepas beranak, tak wajib mandi wiladah ke?"
- Wajib juga, sayang. Tapi mandi wiladah tu disekalikan dengan mandi wajib untuk angkat hadas nifas. Tak payah kau nak mandi 2 kali. Contoh nak mudah faham, lepas isyak suami awak mintak bersetubuh. Abis bersetubuh, awak buat air kopi. Lepas minum kopi, suami awak nak second round. So, lepas second round, awak dah 2 kali berhadas kan?

Kalau bersetubuh 8 kali? Camne nak angkat hadas? Time bangun pagi nak solat subuh tu, takkan lah awak nak mandi wajib 8 kali kan? Caranya, mandi wajib satu kali sudah la. Jangan jadi sengal. Islam itu mudah, tak merumitkan. (Tapi jangan dipermudahkan lagi perkara yang dah mudah) So, sama cam kes beranak. Kalau beranak tu terus keluar nifas, maka sekalikan je mandi tu bila dah abis nifas.

== CAMNE NIAT? ==

Kalau awak beranak tak keluar nifas, mandi lah wajib 
"sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah".

Kalau awak beranak dan keluar nifas, lepas abis nifas, mandi lah wajib 
"sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah".

Mudah, kan? Senang, kan? Aku tak paham kenapa ada sesetengah orang suka complicatedkan benda mudah macam ni. Niat mandi wajib bukan macam niat solat yang kena ada qasad, ta'arudh, ta'yiin.

== TAPI KENAPA KENA MANDI WILADAH WALAU TAKDE DARAH? ==

Sebab kau kena solat. Kenapa kau kena solat, sebab takde darah keluar.

== SAYA KURANG PAHAM LA ==

Tempoh maksimum keluarnya darah nifas dalam mazhab Syafi'ie ialah 60 hari. Selepas 60 hari, jika masih keluar darah, itu namanya darah istihadah, bukan lagi darah nifas, maka wajib wanita itu mandi, dan solat. So, di sini, dia just kena mandi sekali je lah. Sekalikan mandi wiladah dengan mandi nifas. Niatnya "sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah".

Analogi contoh-contoh untuk mudah faham:

>>Contoh Mandi Wiladah + Mandi Nifas disekalikan:

1) Beranak, terus keluar darah selama 46 hari =
- Nifas. Mandi sekali sahaja selepas tamat darah nifas (mandi wajib disekalikan dengan mandi wiladah)

2) Beranak, terus keluar darah selama 68 hari =
- Nifas 60 hari, 8 hari istihadah. Mandi satu kali selepas 60 hari (pada hari ke 61) dan wajib solat bermula dari hari ke 61 meskipun darah masih keluar.

>>Contoh Mandi Wiladah & Mandi Nifas diasingkan:

3) Beranak, tiada darah 3 hari, keluar darah pada hari ke-4 sampai hari ke 50 =
- Wajib mandi lepas beranak (mandi wiladah), jika tiada darah keluar dari kemaluan walau setitik. Wajib solat 3 hari tu dalam kedudukan sekadar mampu (tak larat berdiri, duduk, tak larat duduk, baring). Tidak harus solat pada hari keluar darah pada hari ke-4. Hari ke 50 apabila berhenti darah, wajib mandi (mandi nifas) dan solat.

4) Beranak, tiada darah 6 hari, keluar darah pada hari ke-7 sampai hari ke 56 =
- Wajib mandi lepas beranak (mandi wiladah), jika tiada darah keluar dari kemaluan walau setitik. Wajib solat 6 hari tu dalam kedudukan sekadar mampu (tak larat berdiri, duduk, tak larat duduk, baring). Tidak harus solat pada hari keluar darah pada hari ke-7. Hari ke 56 apabila berhenti darah, wajib mandi (mandi nifas) dan solat.

== SAYA TENGOK ADA DARAH KELUAR TAPI SIKIT JE. LAP PAKAI 2-3 HELAI TISU, HILANG DAH DIA ==

Awak kena bezakan darah tu samada dia datang dari DALAM kemaluan ke tidak. Kemungkinan darah tu cuma darah bekas jahit sahaja (yang doktor potong serong tu, untuk baby senang keluar tu). Darah jahitan atau darah dari placenta/uri, tak dikira nifas. Mudah kata, bila keluarnya baby tu, cecair yang berasal dari dalam kantung baby tu, tak dikira nifas. Tak paham? Gi belajar biologi. Nak explain susah.

== KESIMPULAN ==

1. Lepas beranak, tak keluar darah atau darah lambat keluar, wajib mandi wiladah dan kena mandi nifas pulak (kalau ada keluar darah tapi selang beberapa hari selepas beranak)

2. Lepas beranak terus keluar darah nifas, wajib mandi satu kali saje lepas nifas terhenti.

Belajar. Jangan dari internet, mahupun google, mahupun sekadar membaca tanpa difahami dengan bertanya direct dari guru. Menuntut ilmu secara berdepan dengan guru adalah terbaik. Bukan kena one-by-one. Kalau kat masjid-masjid surau-surau ada kelas agama ke ceramah ke, pergi. Walaupun anda dah tua bangka, pergi je.

Sumber: 

1. Hasil pembelajaran dengan Ustaz Hairol Nizam al-Azhari al-Malizi.
2. Fiqh Manhaji
3. al-Majmu' Imam Nawawi
4. Ensiklopedia Fiqh Wanita, Dr Abdul Karim Zaidan.

No comments:

Post a Comment

link within

Disclaimer...

Assalamualaikum wbt..cik ann suka menulis n cari artikel tentang pregnancy..breastfeeding..n parenting.. Entry2 dlm blog ini just sebagai rujukan..sorry kalau ada post yg tidak dikredit pada tuan tanah..andai ada yang bercanggah harap diperbetulkan..terima kasih..ikhlas dari cik ann~